NASA bakal membuka Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kepada pelancong pada tahun 2020 untuk tujuan perniagaan. Ini merupakan berita baik buat anda yang ingin ke angkasa lepas.

Untuk pengetahuan anda, NASA akan membuka stesen tersebut untuk misi angkasawan peribadi dimana hanya membenarkan 2 penerbangan setiap tahun dimana mengambil masa maksimum 30 hari.

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

Malah, harga yang perlu dibayar untuk penginapan adalah dianggarkan sebanyak $35,000 (~RM145,180) untuk satu malam. Justeru itu, angkasawan persendirian tersebut akan dibawa secara ekslusif oleh dua syarikat yang sedang membangunkan kenderaan untuk NASA termasuk SpaceX dan Boeing.

Difahamkan harga yang ditawarkan termasuk bayaran untuk seorang angkasawan, bantuan pernafasan serta, penggunaan tandas serta penyediaan makanan dan ubat-ubatan. Harga bagi elektrik disewakan pada harga $42 (RM174.22) sejam untuk setiap kilowatt. Buat anda yang mahu holiday dengan lebih bergaya mungkin ini pengalaman baru yang boleh anda terokai.

Anda Mungkin Suka