Bagi sesetengah orang, soalan yang sering disoal ketika mereka berbincang tentang angkawasan adalah bagaimana mereka buang air besar atau kecil di atas sana?

Isu ini sering dibincangkan beberapa kali, tetapi rupanya aktiviti membuang lebihan yang ada di dalam badan adalah perkara yang rumit di atas sana. Itulah sebabnya NASA telah hadir dengan satu inisiatif, di mana mereka mengadakan satu pertandingan mereka tandas untuk digunakan bagi misi Artemis Moon pada tahun 2024 nanti, lapor Business Insider.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tampil dengan Lunar Loo Challenge, NASA dengan kerjasama HeroX mengajak orang ramai untuk menyertai pertandingan ini. Reka bentuk terbaik akan ditawarkan hadiah wang tunai sebanyak $ 20,000 atau sekitar RM 85,000.

Antara syarat utama buat anda yang mahu menyertainya adalah tandas tersebut boleh menahan 500 gram najis dan hingga 1 liter air kencing dalam satu masa. Selain itu juga, tandas itu mampu menampung sekitar 114 gram darah haid bagi setiap anak kapal setiap hari. Yang paling penting, kru angkasawan tidak terdedah kepada air kencing atau apa-apa bahan buangan yang lain.

Tandas itu juga mesti mampu berfungsi di persekitaraan graviti mikro ruang dan graviti Bulan, iaitu sekitar seperenam graviti Bumi. Tandas juga mestilah ringan dan lebih kecil daripada kebanyakkan model supaya NASA tidak perlu menggunakan terlalu banyak bahan bakar sewaktu mahu membawanya ke ruang angkasa.

Sesiapa sahaja boleh mengikuti cabaran ini dan reka bentuk terbaik akan menerima hadiah $ 20,000, tempat kedua akan memenangi $ 10,000 dan pemenang tempat ketiga akan memenangi $ 5,000. Buat anda yang mahu mencuba, boleh terus ke laman web Lunar Loo atau klik di sini.

Menurut Space.com, semasa program Apollo NASA pada tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, angkasawan akan membuang air kecil ke dalam “tabung lega”, di mana mereka akan membuang air kecil ke angkasa dan ia akan membeku di sana. Angkasawan Apollo juga harus mencari cara memasukkan sisa pepejal mereka ke dalam beg plastik yang harus mereka bawa kembali ke Bumi untuk dikaji.

Terdahulu, NASA membuka kerja kosong dengan gaji minimum RM200,000. Klik pautan di bawah untuk membaca lebih lanjut.

NASA Buka Kerja Kosong Dengan Gaji Minimum RM200,000 Dan Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

G-Shock Lancar Model DW-5600 Khas Bersama NASA

Netizen Risau Asteroid Gergasi Bakal ‘Menghentam’ Bumi Esok, NASA Minta Semua Bertenang