Kalau anda ke Putrajaya kami ingin cadangkan anda singgah ke Restoran Ayam Kampung Madoo yang terletak di Presint 15 ini.

11666041_470876759749870_6824231362962711289_n

Senang je nak ke restoran ini. Anda sampai di simpang lampu isyarat Jalan Diplomatik, restoran ini betul-betul berada di simpang ini.

Sampai sahaja di restoran ini anda akan dapat melihat menu yang dipaparkan di hadapan kedai. Menu istimewa Nasi Ayam Kampung Madoo, Nasi Kerabu dan Nasi Bungkus.

BACA: Vocket Makan… Nasi Kerabu Ketam Cholley, Taman Bukit Kajang

11992288_10207403390140213_2048062809_n

11994214_10207403389060186_522048378_n

11997239_10207403390900232_1221811960_n

Apa yang menariknya di restoran ini ialah mereka menyediakan air detox secara percuma tau. Jadi kepada sesiapa yang teringin nak makan sedap sambil dapat menjaga berat badan digalakkan ke restoran ini.

11998765_10207403388820180_1832632055_n

Kami pesan signature restoran ini iaitu Nasi Ayam Kampung Madoo dan Nasi Kerabu Ayam Kampung Madoo.

Apabila pesanan kami sampai, kami agak terkejut dengan menu nasi restoran ini. Ayam gorengnya besar-besar. Puas kami ratah ayam goreng.

Nasi ayamnya hampir sama seperti tempat lain contohnya ada nasi ayam, salad, timun, tomato serta sos cair. Ayamnya pula digoreng bersama rempah menjadikan baunya sangat enak.

Cuma, restoran ini tidak menyediakan sup untuk nasi ayam ini. Ianya digantikan dengan kuah kari yang cair dan sedikit masin. Namun, apabila digaul bersama kesemua lauk, rasanya enak sekali.

2

BACA: Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson Janjikan Suasana Unik

Nasi kerabunya juga lain daripada yang lain kerana nasinya tidak menggunakan nasi berwarna biru. Restoran ini menggunakan nasi ayam mereka sendiri.

Ia disediakan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan, ulam sayur, serunding, kuah sos cair dan sambal tumis yang dicampur dengan budu. Walaupun hidangannya sedikit berlainan daripada nasi kerabu biasa, namun rasanya sangat lazat.

1

Untuk detox, kami pesan air lemon madoo panas. Memang sedap.

11998368_10207403380899982_2098006017_n

Kalau singgah di Putrajaya jangan lupa singgah ke sini ya. Boleh ikuti info di bawah.

Nama restoran : Restoran Ayam Kampung Madoo
Lokasi : Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya (waze)
Layari laman Facebook Page kedai ini.
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 11:00 am – 11:00 pm

Kalau anda nak tahu, direction ke restoran ini juga terdapat di aplikasi Jom Makan. Klik link di bawah untuk download ya.

11993915_10207414161689495_2003687416_o

BACA: Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey, Petaling Jaya Memang Rare!

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram