Nasi dagang adalah sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia. Ia telah menjadi simbol kepada penduduk pantai timur di bahagian Kelantan dan Terengganu.

Masyarakat pantai timur selalunya mengambil nasi dagang sebagai pembuka selera di waktu pagi. Ia digandingkan dengan nasi lembut bersama-sama dengan kuah kari ikan tongkol yang pekat lagi menyelerakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menulis tentang nasi dagang ini membuatkan kami sendiri terasa lapar, tetapi tahukah anda terdapat kejadian yang tidak ‘disengajakan’ di sebalik nasi dagang ini.

Nasi dagang dicipta secara tidak sengaja?

Dalam satu hikayat yang diceritakan oleh orang-orang tua, nasi dagang sebenarnya bukanlah dihasilkan oleh masyarakat tempatan, tetapi sebenarnya ia dibuat oleh masyarakat Bugis yang hadir ke Pantai Timur untuk berdagang.

Kebiasaan pada zaman dahulu, masyarakat Pantai Timur akan menyediakan juadah untuk menyambut perayaan Aidil Fitri dan dalam masa yang sebagai persembahan kepada istana.

Disebabkan rasa tanggungjawab, masyarakat Bugis yang menetap di Pantai Timur, mereka juga mahu ikut serta bagi menyediakan juadah istimewa kepada istana.

orang-bugis
Roket Kini

Ketika kerja-kerja menyediakan barang makanan untuk dimasak, telah terjadi satu kejadian di mana beras yang digunakan untuk membuat burasak telah bercampur dengan beras pulut.

Tambahan daripada itu, kejadian terlebih santan juga terjadi ketika proses memasak sehingga menjadikan nasi tersebut lembut.

Ketika dihidangkan ke istana, dikhabarkan bahawa baginda sultan menyukai makanan yang dihidangkan oleh masyarakat Bugis tersebut dan memanggil nasi tersebut sebagai ‘nasi dagang’.

Sejarah lain nasi dagang

Pada zaman dahulu, Puteri Saadong, anak kepada Raja Loyor dan menjadi keluarga angkat kepada Cik Siti Wang Kembang telah diculik oleh Raja Siam yang telah terpesona dengan kecantikannya.

Mahu dijadikan cerita, Puteri Saadong telah membantu Raja Siam yang telah dijangkiti satu penyakit misteri dengan syarat beliau di bawa pulang ke Kelantan jika penyakitnya sembuh dan takdir berpihak kepada Puteri Saadong.

naisi2

Ketika perjalanan pulang, rombongan yang membawa pulang Puteri Saadong telah berlabih di Kuala Kemasin dan ketika itu bekalan yang dibawa oleh mereka hampir habis dan yang tinggal hanyalah beras, lauk pauk dan kelapa.

Puteri Saadong yang bijak telah memasak nasi tersebut dengan menggunakan segala bahan yang mereka ada dan disebabkan itu, ia dinamakan nasi dagang bagi memperingati keadaan mereka yang berdagang ketika itu.

Biar apa pun sejarah yang telah dicoretkan untuk nasi dagang, ia telah menjadi budaya masyarakat Pantai Timur dan antara tarikan jika berkunjung ke Terengganu atau Kelantan.

Kami pernah menulis bagaimana Thailand bebas daripada jajahan hanya disebabkan Pad Thai. Jika anda ingin tahu sejauh mana kebenarannya, klik pautan di bawah untuk membaca.

Bagaimana Pad Thai Menyelamatkan Thailand Daripada Dijajah