Mula menempa nama di Kota Bharu, Kelantan berikutan rasanya yang enak antara yang membuatkan hidangan ini telah ‘dibawa’ ke negeri luar. Menunya yang simple serta ditawarkan dengan harga mampu milik membuatkan hidangan ini berjaya mengumpul ramai pengunjung.

Dalam pada itu, disebalik tularnya menu ‘Nasi Kak Wook’, kedai yang mempunyai 6 cawangan di Kelantan ini terpaksa menerima tempias daripada para peniaga lain berikutan penggunaan nama yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Ah Ying eh Blog

Untuk pengetahuan anda, asal usul Kak Wook bermula sejak generasi pertama keluarga peniaga ini bernama Mek Wook Hassan yang mula berniaga hidangan ini sekitar 1970 di Kampung Lundang.

Dalam usaha menjaga originaliti Nasi Kak Wook serta mengelakkan daripada orang ramai tertipu, keluarga peniaga ini telah memilih untuk melantik peguam untuk menyaman mana-mana premis yang menggunakan nama ‘Nasi Kak Wook’ yang sudahpun di MyIPO sebagai harta intelek.

nkw1

Difahamkan kebanjiran Nasi Kak Wook ‘palsu’ ini banyak berada di kawasan sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Buat anda yang ingin mencuba Nasi Kak Wook yang original, anda hanya boleh lawati kedai ini di 6 buah cawangan di yang bertempat di Kelantan. Logo yang memaparkan pengasas Nasi Kak Wook antara yang terpapar di ruang kedai.