Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak menggemari nasi kandar Line Clear kerana faktor kebersihannya, namun tidak dinafikan masih ramai lagi yang suka singgah di gerai tersebut untuk menikmati nasi kandar dengan pelbagai lauk pauk seperti telur sotong, udang harimau dan kari kepala ikan.

Bukan saja rakyat Malaysia yang sukakan nasi kandar di sini tapi rakyat Singapura juga sanggup memandu dari selatan ke utara untuk menikmati hidangan di gerai ini yang beroperasi sejak 1930an di George Town.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gerai Line Clear akan membuka cawangan pertamanya di luar Pulau Pinang iaitu di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur dalam usaha mengukuhkan jenama mereka.

K.E.Ooi
K.E.Ooi

Menurut pemilik Line Clear, ini merupakan langkah pertama dan mereka akan membuka lebih banyak cawangan di kawasan kawasan terpilih.

Cawangan baru Line Clear di Kampung Baru akan dibuka pada September dan turut membawakan menu menu popular mereka dan menu khas untuk cawangan Kuala Lumpur.

Turut mengikut jejak langkah mereka ialah Restoran Hameediyah. Restoran yang berusia 109 tahun ini akan membuka cawangan di Kota Damansara selepas cawangan mereka di Putrajaya tidak berjaya.

SUMBER: Malay Mail

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram