Nasi lemak cukup sinonim dengan Malaysia dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan juga pelancong dari luar negara. Malah, pelancong luar negara turut mengakui kelazatan nasi lemak Malaysia.

Terbaharu, seorang gadis dari Malaysia iaitu Siti Safura Mohd Tawil tampil juara di pertandingan Chef Ireland Culinary Competition 2020 dalam kategori Asian-Indian cuisine competition class.

https://www.instagram.com/p/B8M-odugCG3/

Kemenangannya dikongsikan olehnya melalui Instagram milik beliau. Apa yang menarik perhatian adalah beliau ketengahkan menu istimewa iaitu Nasi Lemak Bunga Telang dalam pertandingan tersebut dan berjaya memikat hati dan deria rasa para juri.

Nasi Lemak Bunga Telang yang dihasilkan oleh beliau cukup unik kerana nasi lemak hadir berwarna biru dan dihidangkan bersama ayam rendang, kerabu dan keropok kering rangup.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau turut berterima kasih diatas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh ramai pihak sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Siti Safura atas kejayaan yang dicapai dan semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada anda di luar sana untuk tidak putus asa dalam mencapai impian anda.

Apa kata anda baca lagi artikel berkaitan dengan kejayaan anak Malaysia pada pautan di bawah ini. 

Dari Mencuci Kaca Mikroskop, Kini Jadi Anak Malaysia Pertama Lancar Satelit Ke Angkasa

Video Anak Malaysia Ini Dipilih Antara Pemenang Cabaran Million Dollar GoPro

Anak Malaysia Ini Berjaya Memenangi Tempat Kedua Dalam Pertandingan Perdagangan Terbesar Dunia

Sumber