Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut sahaja bab sarapan pagi, tidak salah rasanya kalau kami cakap nasi lemak merupakan sajian sarapan utama rakyat Malaysia. Walaupun selalu kena momok kalau makan nasi lemak pagi-pagi mesti mengantuk, anda tetap akan pilih nasi lemak juga kan?

Nasi lemak memang sudah sebati dengan rakyat Malaysia sampai kadang-kadang boleh bawa gaduh sebab mahu tentukan nasi lemak di mana paling sedap. Malah, macam-macam perangailah kalau cakap tentang nasi lemak ini!

Mengadu rindu nasi lemak kat luar negara.

1mcd

Kebiasaanya siapa yang pernah travel lama atau belajar di luar negara pasti rindu masakan Malaysia, terutamanya nasi lemak.

Sajian ini sebati dengan rakyat Malaysia, sampai kalau makan nasi lemak kat luar negara pun anda rasa tidak akan sama macam makan di Malaysia. Made in Malaysia always the bestkan?

Semua ingin cadangkan nasi lemak paling sedap.

2mcd

Ini merupakan salah satu perkara yang menarik tentang kehidupan rakyat Malaysia. Anda suka kongsi lokasi makanan yang sedap. Kalau tanya nasi lemak yang best di mana, laju sahaja anda dapat senarai lokasi nasi lemak paling sedap di Malaysia.

Cakap sahaja mahu nasi lemak macam mana. Nasi lemak daun pisang? Nasi lemak berlauk? Rakyat Malaysia tahu semuanya. Kalau susah sangat, anda Google sahaja! Banyak list lokasi nasi lemak yang sedap di Malaysia ini.

Kisah Miss Universe Malaysia 2017 pakai baju nasi lemak!

3mcd

Anda ingat lagi betapa nasi lemak ini begitu sinonim dengan rakyat Malaysia, sampaikan Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James menggayakan baju nasi lemak hasil rekaan Brian Khoo pada pertandingan akhir Miss Universe 2017. Baju ini punya details siap ada sambal, ikan bilis dan telur goreng tau!

Walaupun netizen komen macam-macam tentang rekaan itu, masyarakat luar negara belajar satu perkara yang penting, iaitu makanan utama rakyat Malaysia ialah nasi lemak. So, bukanlah bad idea pun baju nasi lemak ini kan?

Pantang dengar nasi lemak viral sanggup beratur beli.

4mcd

Tipulah kalau anda tidak pernah buat. Orang Malaysia ini kalau bab makan sedap memang tidak boleh sangkal. Asal ada sahaja benda yang viral, lagi-lagi makanan pilihan ramai nasi lemak, sanggup beratur nak beli. Ingat tidak kisah nasi lemak anak dara dan nasi lemak bonet kereta?

5mcd

Tidak perlu ambil kira jauh ke tidak lokasi sesuatu tempat itu, yang penting nak rasa sendiri betul ke tidak keenakan yang menjadi buah mulut orang ramai.

Rasa lain macam mana itu?

6 mcd

Ada satu ciapan di Twitter yang menarik perhatian kami. Pemilik akaun ini cakap nasi lemak yang dijual oleh lain-lain kaum di Malaysia mempunyai rasa yang berlainan. Betul ke?

Setakat ini, kami cuma pernah kena nasi lemak tiada rasa santan atau nasi putih letak sambal dengan ikan bilis. Itulah pengalaman makan nasi lemak yang paling mengecewakan. Anda pernah rasa pengalaman macam ini, sedih kan?

Tapi, ini kami mahu beritahu anda satu tempat makan nasi lemak yang best. Anda mesti approvelah!

Nasi Lemak kini di McD, ramai puji sedap. Kena cuba ni!

7mcd

Aroma nasi lemak yang wangi, dihidangakan bersama ikan bilis ranggup, telur goreng, sambal tumis pedas dan juga Ayam Goreng McD, memang memikat selera! Patutlah netizen hilang keruan dengan Nasi Lemak McD.

Kami cari reaksi daripada rakyat Malaysia yang sudah cuba sendiri Nasi Lemak McD ini. Ramai cakap rasanya sedap. Lagi-lagi sambalnya, memang wajib cuba ni!

8mcd

9mcd

Jadi, peminat nasi lemak di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri keenakan Nasi Lemak McD. Rugi kalau anda tidak cuba!

Serbu sahaja McDonald’s berdekatan anda atau mahu lagi senang guna McDelivery sahajalah hantar Nasi Lemak McD ini.

Dan bagi menghargai nasi lemak sebagai juadah pilihan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia buat satu petisyen untuk menjadikan nasi lemak sebagai hidangan kebangsaan Malaysia.

Jadi, McDonald’s Malaysia perlukan bantuan anda bagi mengumpulkan 1 juta sokongan supaya hasrat menjadikan nasi lemak sebagai hidangan rasmi Malaysia ini berjaya. Yelah, sampai bila nak biarkan orang lain claim makanan warisan kita kan?

Tunggu apa lagi? Cepat nyatakan sokongan anda untuk jadikan nasi lemak sebagai hidangan kebangsaan Malaysia. Tekan sahaja link ni.

Nasi Lemak McD, Ini Rasa Kita, Malaysia!