Sepinggan lengkap hidangan nasi lemak pastinya tidak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Sebelum ini nasi lemak telah diiktiraf sebagai hidangan sihat dan seimbang. Terbaharu menerusi TasteAtlas, hidangan tradisional ini sekali lagi menerima pengiktirafan antarabangsa dan disenaraikan dalam 100 makanan tradisional terbaik dunia.

Nasi lemak tersenarai dalam makanan dengan rating 4 bintang sama seperti chilli crab dari Singapura, buritto dari Mexico, peri peri chicken dari Mozambique dan beberapa lagi menu makanan tradisional terkenal dari seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Crispy pata (kaki khinzir yang di goreng) dari Filipina diiktiraf sebagai makanan terbaik dengan rating 4.7 bintang dan diikuti oleh hakata ramen dari Jepun, seterusnya lasagna dari Itali.

Beberapa hidangan nusantara juga disenaraikan dalam kategori ini antaranya ialah kari laksa, char kuey teow, sate dan kari kepala ikan. Hidangan tersebut masing-masing dikreditkan ke Singapura dan Indonesia. Adakah anda bersarapan dengan sepinggan nasi lemak hari ini?

Sumber