Toyota Hilux merupakan salah satu kenderaan pikap ikonik untuk pengguna-pengguna yang menggunakan kenderaan tersebut untuk membawa muatan-muatan berat dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak.

Kejadian banjir teruk yang sedang melanda di negeri Pahang sekarang ini memang memerlukan kenderaan tahan lasak untuk pihak-pihak yang ingin menghantar bantuan kepada kawasan yang terjejas.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Permaisuri Agong telah berkongsi beberapa hantaran pada Instagram peribadi baginda di mana baginda bersama-sama dengan Yang di-Pertuan Agong menggunakan pikap Toyota Hilux meredah banjir ke kawasan Maran untuk menghantar bantuan.

“Semoga urusan Tuanku dipermudahkan. Kepada Toyota, jangan naik harga Hilux pula lepas ini,” antara komen lucu netizen di ruangan komen selepas model Hilux menjadi pilihan Yang di-Pertuan Agong untuk misi bantuan banjir ini.

Dalam masa yang sama juga, Permaisuri Agong turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan banjir supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu.

Baca beberapa perkembangan semasa yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Tiada Pemotongan Cukai Jualan Untuk Trak Pikap Kerana Diklasifikan Sebagai Kenderaan Komersial

10 Kejayaan Yang Berjaya Dicapai Oleh Proton Sepanjang 2020

Anda Mungkin Suka