Terbaharu, seorang pengguna Twitter @ArepAshari meluahkan rasa kecewa kerana adiknya terpaksa berdepan detik cemas apabila kipas di dalam bilik asramanya terbakar di sebuah universiti tempatan.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menerusi perkongsian tersebut, sekumpulan anggota bomba berjaya menangani situasi dengan cekap dan tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian kebakaran itu.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Difahamkan, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan asrama walaupun aduan telah dibuat sebanyak dua kali sehinggalah berlaku kebakaran. Selepas kejadian, adiknya bersama rakan sebilik telah diberikan bilik baharu dan kos akan di ‘refund’ oleh pihak universiti.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan pengurusan universiti terbabit kerana tidak mengambil aduan secara serius sehingga perkara ini terjadi.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan seharusnya kemudahan di asrama di selenggara agar tidak berlaku keadaan tidak diingini. Malah, ada juga pelajar yang mendakwa ini bukan kes pertama dimana beberapa kes kebakaran telah berlaku di kediaman yang diduduki oleh pelajar universiti terbabit.

Rata-rata netizen turut menzahirkan kebimbangan atas keselamatan para pelajar yang duduk di asrama jika kemudahan tidak diselenggara secara berkala. Para netizen berharap pihak universiti akan mengambil maklum hal ini dan memastikan kejadian seperti ini tidak terjadi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Awal Pagi Perlu Bantu Ibu Berniaga Pasar, Pak Cik Shell Jelaskan Sebab Pekerjanya Tertidur Semasa Bertugas

Selepas Gelongsor Air, ESCAPE Penang Lancarkan ‘Zip Coaster’ Terpanjang Di Dunia

‘Ini Semua Khurafat!’ – Dakwa Mandi Di Tasik Dayang Bunting Mampu Dapatkan Zuriat Cetus Perbincangan Netizen