Isu keselamatan sering diambil mudah oleh segelintir individu terutama sekali wanita yang sering menjadi ‘target’ rompakan dan sebagainya.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @ErahSoo telah berkongsi pengalamannya berdepan detik cemas ketika berada di stesen minyak. Menerusi perkongsiannya, dia yang baru sahaja selesai isi minyak dan pam tayar telah berehat sebentar dalam kereta.

Tiba-tiba, sebuah kereta datang menghalang keretanya dan seorang lelaki keluar dari kereta tersebut lalu cuba membuka pintu bahagian penumpang keretanya. Tindakan Erah yang selalu mengunci pintu sejurus masuk kereta menyelamatkannya ketika itu.

Kemudian, lelaki tersebut mengetuk tingkapnya dan mengatakan sama ada dia mempunyai wang RM50 kerana lelaki itu tertinggal dompet di rumah. Lelaki itu juga akan pindahkan wang secara ‘online’ selepas mendapatkan wang tunai daripada Erah.

Erah yang berasa pelik, membuat keputusan untuk tidak memberikan wang kepada lelaki itu kerana boleh sahaja lelaki terbabit membayar menggunakan e-wallet di stesen minyak itu atau meminta bantuan pekerja di stesen minyak.

Berasa kurang senang, maka Erah mengatakan tidak mempunyai wang tunai dan meminta lelaki tersebut mengalihkan keretanya. Lelaki tersebut bergerak untuk mengalihkan kenderaan selepas melihat Erah mahu menekan hon.

Berikutan itu, Erah menasihati orang ramai terutamanya wanita yang berseorangan agar berhati-hati dan pastikan ada alat melindungi diri sebagai langkah berjaga-jaga.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan melihat tinjauan komen, ada juga netizen yang berkongsi pernah mengalami situasi yang hampir sama. Diharap perkongsian ini akan membuatkan waita diluar sana lebih berhati-hati terutama sekali apabila berseorangan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Sudah Dihujung, Malu Tolak Tepi’- Pemuda Nekad Berlari Tumpang Tandas Di SJR Curi Perhatian Netizen

Mangsa Proton Wira Kongsi Situasi Yang Berlaku Semasa Kemalangan Dengan Toyota Yaris

‘Jangan Jual Dengan Suami Saya’- Penjual G-Shock Sempoi Layan Permintaan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen