Salam Jumaat dengan penuh kasih sayang.

11 tahun yang lampau. Masa macam ni. Jiwa kacau. Surat untuk berhenti kerja dah dihantar. Tapi nak kerja apa tak tau lagi. Nak bisnes pun lagi tak tahu. 1 Mei 2005 adalah tarikh keramat. Tarikh terakhir saya bekerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ramai kata saya gila.

Dan saya pun tak tahu, betul ke keputusan aku ini. Bila banyak sangat komen-komen negatif. Hati kita dari bulat jadi bujur pulak. Rasa nak tarik balik surat tu.

Penulis, Arif Ismail bersama ahli pasukannya.
Penulis, Arif Ismail bersama ahli pasukannya.

Teringat kata-kata kawan saya Md Danz masa tu. Bulatkan je hati kau tu. Istikharah dah buat. Mesyuarat dah. Apa lagi
Dalam keadaan gundah gulana, kita sebenarnya memerlukan satu PUSH. Kata-kata dorongan.

Oleh itu jika kawan-kawan kita nampak macam susah nak buat keputusan, kita bantu mereka. Bagi sikit peransang.

Kalau suami macam rungsing je. Kasi UP sikit. Puji sikit. Beri sokongan.

Kalau isteri risau. Peluk dia. Tenangkan mereka.

Akhirnya memang saya nekad dan teruskan keputusan BERHENTI.

Setelah selesaikan hutang-hutang tahun tu termasuk LHDN, 15 Mei 2005 saya berangkat. Cuti lebih 120 hari.

Maka bermulalah kehidupan seorang yang tiada kerja.

Bulan Oktober 2015 saya balik. Badan kurus kering mcm orang sakit.

Rehat dulu. Bincang dengan kawan-kawan. Apa kerja atau perniagaan nak buat.

Saya masih ingat kata-kata seorang korporat Oil & Gas. Saya jumpa dia kat Johor sebelum ni (hampir setahun lalu) masa kita 1 jemaah pergi surau dia. Bila saya tersandar kat belakang Masjid di KL ni. Dia datang dan cakap dengan saya. Borak-borak.

“Kau buat apa sekarang. Kurus je badan kau ni.”

Saya baru balik 4 bulan. Belum buat apa-apa. Tak tahu nak meniaga apa. Nak kerja balik dah tak sedap.

“Kau VSS eh?”

“Ya.”

“Ni aku nak bagitau kau. Duit VSS tu memang kau nampak macam banyak. Tapi sekejap je habis.

Abg ipar aku VSS buka restoran RM300 ribu. Dia upah tukang masak. Tukang masak lari. Cash flow problem.

Duit dah habis banyak kat CAPEX (peralatan dan renovation kedai). Nak rolling dah berat. Pekerja come and go.

Aku nasihatkan kau. Kalau nak berniaga. Jangan buka yang banyak pakai cash BESAR. Korang tak tahu skill meniaga lagi. Kau ingat kau kerja korporat boleh meniaga. Terjun tengok. Baru tahu langit tinggi rendah.

Dulu kau kerja. Bajet semua company bagi. Besar. Juta-juta. Enjoy katak. Beli notebook canggih la.

Company sendiri. Bajet terhad.

Aku tengok kau ni. Kau mulakan dengan bisnes risiko rendah. Kalau rugi pun sikit je. Yang penting kau terjun dalam lautan meniaga tu dulu. Cari klien. Muka tebal. Hati kental.

OK. Itu je aku bagitau.”

Itulah ceritanya. Jadi, saya pun dalam bulan Oktober tu carik lah apa bisnes nak buat.

Dan berjumpa dengan kawan satu taman, satu tempat kerja. Banyak betul saya terhutang budi dengan mereka-mereka ni. Selain dari ibubapa, isteri anak-anak, adik beradik Ahmad Zamri, Kamaruddin Wahid, Amiruddin Ahmad, Mohd Daud Mahyuddin, Kamarul Kedah, Norlida Mohd Tap dan ramai lagi banyak memberi dorongan. Kalau nak tulis semua mau 200 nama lebih yang bantu dalam bisnes saya sekarang ni.

Mereka-mereka inilah bagitahu. Kau buatlah bisnes ni (perunding kewangan/saham amanah). Kita jadi klien kau yang pertama. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih dalam industri ini dan menjadi 1st Runner Up Group Agency Manager di Shah Alam. Pernah merekrut sampai 400 konsultan.

Apa pelajaran yang boleh diambil di sini:

1. BULAT kan hati untuk buat sesuatu.

2. PEKAK kan telinga macam cerita katak hijau (kisah yang insyaAllah ingat sampai mati oleh Azizah Saad).

3. MAKSUD berhenti kerja bukan hanya maksud dunia. MAKSUD utama adalah untuk agama dan bina akhirat.

4. IBUBAPA, ISTERI, ANAK-ANAK, ADIK BERADIK dan KAWAN-KAWAN adalah sememangnya yang sanggup berKORBAN untuk anda. Sangka baik dengan mereka. Walau mungkin ada tercalar hati kita yang tak sesuci hati Nabi atau sahabat-sahabat Nabi SAW.

5. TERUS kan. FOKUS. ISTIQAMAH.

6. BELAJAR Ilmu dari sesiapa sahaja walaupun mereka muda dari anda seperti upline saya Jaslinah Jerry. Ingat lagi teknik yang dia ajar saya dalam masa 2 jam di Cheras dan ianya hari Jumaat macam hari ini. Saya guna sampai sekarang.

7. No CBEG. Tiada COMPLAINT, BLAME, EXCUSE, GOSSIP.

Itulah serba sedikit sejarah seorang engineer yang tahu menghadap komputer je menjadi seorang peniaga. Semoga anda bersemangat untuk bina empayar perniagaan anda sendiri. Kalau tidak anda, anak-anak anda atau adik beradik dan kawan-kawan. Beri mereka dorongan. Jangan tuang racun. Simbah BAJA.