Bermula 1 Ogos lalu, pemakaian pelitup muka di tempat awam telah diwajibkan bagi membendung penularan dan jangkitan wabak COVID-19 di negara kita.

Walaupun kadar pematuhan peraturan tersebut dilaporkan mencapai tahap yang cemerlang, namun masih terdapat laporan orang awam yang dikenakan kompaun berhubung pemakaian pelitup muka.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Bagaimanapun, ada daripada mereka yang dikompaun ini bukanlah tidak memakai langsung pelitup muka, namun tidak memakainya dengan betul seperti laporan Buletin TV3 baru-baru ini.

Dalam laporan 4 Ogos lalu itu, seorang remaja dikenakan kompaun selepas didapati tidak memakai pelitup muka dengan betul di mana beliau difahamkan menurunkan pelitup muka ke bahagian dagu ketika rondaan oleh pihak berkuasa dijalankan.

Insiden remaja tersebut disaman kerana tidak memakai pelitup muka seperti disarankan itu kemudiannya menjadi perbualan hangat dalam platform media sosial seperti di Facebook.

Nasihat dulu

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di video tersebut berpendapat pihak berkuasa seharusnya bertolak ansur dan menasihati agar mereka yang tidak memakai pelitup muka dengan betul sebelum terus memberi kompaun.

Ini kerana menurut mereka, pesalah yang ditunjukkan itu bukanlah tidak mengikuti arahan sepenuhnya namun hanya tidak memakai dengan betul ketika berada di tempat awam.

1

Lihat kembali peraturan

Walaupun rungutan oleh netizen-netizen yang mengharapkan ada sikap tolak ansur dalam kalangan penguatkuasa sebelum memberikan kompaun, namun jika melihat kepada situasi yang berlaku dalam video tersebut ianya bagaimanapun adalah selaras dengan apa yang telah diperintahkan kerajaan sebelum ini.

Menurut arahan sebelum ini, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan di tempat-tempat awam yang sesak temasuk perkhidmatan pengangkutan awam dan juga tempat tumpuan ramai.

Mungkin sikap bertolak ansur dan nasihat boleh dipertimbangkan sekiranya inidividu yang tidak memakai pelitup muka ini berada bersendirian ataupun bukannnya kawasan tumpuan, namun berada di stesen pengangkutan awam bukanlah tempat yang terbaik untuk merendahkan pelitup muka.

Bukan sahaja ia merisikokan mereka yang berbuat demikian malah ia juga akan terus mendedahkan orang lain kepada risiko penularan COVID-19 yang kembali menjadi kegusaran dalam kalangan orang ramai ketika ini.

Jadi untuk keselamatan bersama adalah sebaiknya setiap daripada kita mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan bersama-sama menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dengan memakai pelitup muka dengan cara yang betul.

COVID-19 kembali menjadi igauan ngeri di negara kita dengan pertambahan kes dan penularan daripada kluster Sivagannga di utara tanah air. Ketahui lebih lanjut mengenai kluster ini di pautan di bawah.

KKM Bimbang, Kluster Sivagangga Berkemungkinan ‘Super-Spreader’

‘Kluster Sivagangga’, Restoran Di Kedah Ini Dilaporkan Tidak Merekod Butiran Pelanggan

Anda Mungkin Suka