Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah bagi mengelakkan penularan wabak ini.

Pada masa yang sama kementerian tersebut menyeru penduduk Indonesia agar tidak pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi.

Namun beberapa hari selepas itu, rakyat Indonesia nampaknya telah ingkar saranan yang diberikan dengan bertindak untuk keluar beramai-ramai bagi ‘mudik lebaran’ (pulang ke kampung) sehingga angkanya mencecah ribuan di sempadan Bekasi-Karawang, Indonesia.

Menurut laporan CNN Indonesia, seramai 500 orang anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi negara Indonesia telah ditempatkan pada pos sekatan sempadan tersebut.

Ketua Unit Trafik Polis Bekasi, AKBP Ojo Ruslani mengatakan bahawa sebanyak  190 anggota tambahan dari Polda Metro Jaya dan sekiranya jumlah tersebut dikumpulkan, terdapat 410 anggota polis yang bertugas di Pos Sekatan Kedungwaringin ketika ini.

“Ditambah dengan gabungan TNI, Satpol PP, Sub-Jabatan dan agensi-agensi lain, jumlahnya mencapai 500 pegawai di pos sekatan ini sahaja,” kata beliau lagi.

Difahamkan setelah 6,742 pengguna jalan raya itu dibuat pemeriksaan secara rawak, 4,123 daripada jumlah tersebut disahkan positif COVID-19, lapor Detik.com.

“Hasil sekatan oleh Polis Nasional di 381 lokasi dan Operasi Ketupat, terdapat 4,123 orang disahkan positif dari sejumlah ujian rawak dibuat pada 6,742 orang,” terang Ketua Jawatankuasa Penanganan Covid-19 dan Pemulihan Ekonomi Nasional (KPC-PEN), Airlangga Hartarto.

Tambah beliau lagi, sebanyak 1,686 daripadanya segera menjalani kuarantin, manakala 75 yang lain dimasukkan ke hospital dalam satu kenyataan yang dibuat pada CNN Indonesia.

Nampaknya semangat penduduk Indonesia untuk ‘mudik lebaran’ melebihi daripada takutnya bahaya penularan wabak COVID-19 walaupun angka kes di negara tersebut telah mencecah 1.7 juta.

Seorang lelaki yang pulang dari Jakarta secara tidak sedar telah membuatkan datuknya yang berusia 72 tahun dijangkiti wabak COVID-19 seterusnya meninggal dunia.

Gara-Gara Pulang Dari Jakarta, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19

Coronavirus Uji Kemanusiaan, Rakyat Indonesia Halang Jenazah COVID-19 Ditanam Kerana Takut Dijangkiti

Pengacara Ini Temuramah Kerusi Kosong, Menteri Kesihatan Indonesia ‘Hilang’ Selepas Kes COVID-19 Naik

 

Anda Mungkin Suka