Bagi membantu mereka yang terjejas teruk akibat COVID-19, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan program i-Sinar iaitu pengeluaran wang daripada akaun 1 sebanyak RM10,000 buat dua juta ahli.

Bermula tengah malam tadi, permohonan i-Sinar KWSP telah mula dibuka secara dalam talian namun perkara tersebut menjadi bualan ramai apabila chatbot wanita bernama Elya tampil sebagai penasihat dalam talian KWSP yang membuatkan pencarum rasa serba salah untuk mengeluarkan simpanan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Elya akan memberi nasihat bagaimana jumlah wang RM10,000 yang dikeluarkan sekarang sebenarnya dapat digandakan jika tidak dikeluarkan sehingga umur pencarum mencecah 55 tahun.

elya
Antara ‘nasihat’ daripada Elya

Sebagai contoh, jika pencarum ingin mengeluarkan jumlah sebanyak RM10,000, Elya akan menganggarkan jumlah tersebut akan digandakan kepada RM18,729.81 jika pencarum menyimpannya hingga mereka mencecah umur 55 tahun.

Meskipun sekadar nasihat, perkara tersebut telah menimbulkan rasa serba salah dan ragu-ragu kepada pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang simpanan mereka.

Jumlah tersebut dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang mungkin bukanlah perkara yang patut dibimbangkan sekiranya ketika ini anda memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Untuk mengetahui sama ada anda layak untuk memohon atau pun tidak, anda boleh buat semakan di sini. Sekiranya anda sangat memerlukan wang simpanan anda dikeluarkan, boleh terus memohon. Jika tidak, biarkan sahaja wang anda dilaburkan supaya anda ada wang untuk kegunaan masa hadapan.

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai KWSP membenarkan pencarum yang terkesan akibat COVID-19 untuk keluarkan wang dari akaun 1 sehingga RM60,000. Baca pada pautan di bawah.

KWSP Benarkan Pencarum Terkesan Keluarkan Wang Akaun 1 Sehingga RM60,000

Pengeluaran Wang KWSP Sebanyak RM10,000 Diperluaskan Kepada Semua Pencarum Yang Terjejas