Kecoh sejak beberapa minggu terakhir ini apabila konflik keluarga Ali Puteh dan Hidayah sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai. Mendakwa pihak Hidayah menabur garam pada rumah Arwah Abam manakala Ali Puteh berdepan bayaran saman fitnah RM60,000 antara yang membuatkan isu ini menjadi lebih panas.

Melihat kepada kemelut keluarga yang berlaku disebabkan kematian Arwah Abam selaku abang kepada Ali Puteh dan juga suami kepada Hidayah, Muhammad Syarafi yang bertugas sebagai peguam syarie tampil berkongsi pendapat serta nasihat dalam usaha menjernihkan keadaan yang berlaku. Berikut merupakan perkongsian yang dibuat menerusi Facebook beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ali, Ali kena faham bila arwah abang meninggal dunia dan arwah ada isteri dan anak lelaki, orang yang paling berhak untuk uruskan harta si mati ialah isteri dan anaknya.

Cumanya dalam situasi ini Ali pun tahu anak lelaki arwah abang masih di bawah umur di mana mengikut undang-undang kita ada mesti lantik pemegang amanah untuk menguruskan harta bagi pihak si anak tu.

Dalam situasi ini, Ali kena tahu pada kebiasaannya anak yang belum cukup umur untuk uruskan hartanya sendiri kita akan lantik ibunya sebagai pemegang amanah untuk uruskan harta bagi pihak anak tu sehingga mencapai usia yang membolehkannya urus hartanya sendiri,

Ali juga kena tahu, walaupun urusan faraid masih belum selesai, Ali kena bagi laluan kepada balu si mati dan anaknya untuk tinggal di rumah tu sehingga urusan faraid selesai.

Sebab apa? Sebab mereka berdua waris yang paling banyak mendapat bahagian dalam harta si mati. Bahagian mak pula bagaimana? Ali jangan risau kerana bahagian mak tetap ada dalam harta arwah abang itu.

Cumanya bahagian mak ini tidak banyak iaitu cuma 1/6 saja daripada baki harta yang tinggal itu. Bakinya semua akan pergi kepada anak lelaki arwah abang kerana anak lelaki ni dia akan menjadi penghalang kepada waris² selain dari:

1. Mak
2. Ayah
3. Suami
4. Isteri
5. Anak perempuan
6. Anak lelaki

Untuk terima bahagian faraid si mati, Ali jangan buat susah macam ini. Kita faham sahaja dalam bahagian mak yang 1/6 itu ada bahagian Ali jugak tetapi bahagian itu sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan hak anak dan isteri si mati terima.

Ibarat kata kalau rumah itu dinilaikan berjumlah RM1 juta, bahagian mak cuma kurang lebih RM166,000 sahaja dan bakinya semua ada lagi sekitar RM834,000 akan pergi kepada isteri dan anak si mati,

Ini cuma contoh kiraan sahaja Ali. Nak tentukan nilaian terkini harga rumah tu kena guna khidmat penilai hartanah bertauliah. Jangan kita memandai pulak buat nilaian sendiri.

Cuma nak pesan kat Ali, Walaupun urusan faraid masih belum selesai, rumah itu tetap ada hak si balu dan anak arwah abang untuk tinggal sehingga selesai urusan di mahkamah sebabnya Allah dah bagitahu dalam surah Al-Baqarah:

وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗاۖ

Maksudnya: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari. (Al-Baqarah: 234).

Dalam menempuh bilangan ‘iddah serta berkabung bagi kematian suami, seseorang perempuan itu tidak boleh keluar dari rumahnya sepanjang tempoh ber’iddah tersebut melainkan darurat atau keperluan hajat.

Ini juga berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Furay’ah binti Malik bin Sinan yang mana telah bertemu Nabi SAW bertanyakan adakah boleh bagi dirinya untuk pulang ke pangkuan ahli keluargnaya, Bani Khudrah kerana telah kematian suaminya. Lalu jawab Baginda SAW:

امْكُثِي فِي بَيْتِكِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ

Maksudnya: Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan. Riwayat Abu Daud (2300) & Al-Tirmizi (1204).

Ali baca tak hadis nabi ini? Kesian balu dan anaknya sampai nak kena keluar dari rumah arwah sedangkan mereka berhak untuk tinggal di situ. Berkenaan arahan ,ahkamah mengarahkan Ali untuk bayar RM60,000 itu kes lain dan Ali kena selesaikan segera sebab perintah dah keluar.

Jangan tangguh-tangguh takut nanti kena contempt of court pulak. Senang cerita macam ini Ali. Kita semua faham sahaja Ali nak uruskan bahagian mak dalam harta yang ditinggalkan arwah abang itu.

Cumanya dalam situasi macam ini ada baiknya Ali cuba kendurkan sikit ego tu dan harmonikan kembali silaturahim yang dah keruh disebabkan isu perebutan harta ni.

Nak cerita bab harta ni Ali, kalau bagi setinggi gunung everest pun takkan pernah puas manusia ini. Tapi silaturahim ni kalau kita jaga dengan baik InsyaAllah akan membawa kita sampai ke syurga.

Tak perlu panjang bicara sangat. Jumpa semula kak ipar tu minta maaf kemudian mulakan semula secara muafakat untuk selesaikan pembahagian faraid si mati,
selesai masalah.