Membesarkan 6 anak lelaki dalam keadaan yang kewangan yang tidak kukuh bukanlah alasan buat Encik Hassan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Di dalam video ini hasil temubual oleh Tuan Sujimy Mohamad, beliau yang bekerja sebagai pemandu teksi turut berkongsi nasihat dan pengalaman beliau dalam membesarkan anak-anak beliau sehingga berjaya. Syukur kerana kini 4 daripada anaknya sudah bergelar jurutera manakala 2 lagi masih bersekolah.