Manuskrip ucapan Adolf Hitler yang ditulisnya sendiri dijual dengan harga 34,000 euro (RM170,000) dalam satu acara lelong yang diadakan di Jerman pada 22 Oktober 2020 yang lalu. Bagaimanapun, acara itu mendapat kritikan yang meluas, kerana dianggap menyebarkan pemikiran pemimpin parti Nazi itu.

Menurut laporan agensi berita Associated Press, manuskrip yang terdiri daripada sembilan halaman, yang ditulis sendiri oleh Hitler pada tahun 1939 dibeli oleh seseorang yang tidak didedahkan indentitinya oleh pihak penganjur, Hermann Historica.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

gettyimages-3363280

Bagi menjawab kritikan, pihak penganjur mendakwa bahawa naskhah itu adalah objek yang mempunyai nilai sejarah dan sememangnya layak untuk dilelong. Pihak penganjur berkata bahawa pembeli tersebut adalah wakil salah satu muzium terbesar di Eropah.

Sebelum ini, kerjaaan Jerman telah melarang semua jenis simbol dan promosi ideologi Nazi di ruang awam. Bagaimanapun, larangan itu tidak termaktub bagi barangan Nazi yang masih boleh dijual dan dilelong, selagi lambang dan simbol Nazi ditutup, lapor Deutsche Welle.

55382161_401
Tulisan tangan Hitler – DW

Pengarah Hermann Historica, Bernhard Pacher, berpendapat bahawa teks ini sebenarnya penting dalam membanteras kempen neo-Nazi di seluruh dunia. Alasannya adalah jika manuskrip ini dihancurkan, golongan neo-Nazi akan menggunakan kesempatan ini untuk membuat salinan palsu atau kenyataan yang tidak pernah disampaikan oleh Hitler.

Untuk rekod, Hermann Auction House telah menjual barangan parti Nazi sejak 10 tahun yang lalu. Kumpulan ini sebelum ini pernah melelong seragam yang pernah dipakai oleh Hitler pada harga USD$ 300,000, topi Hitler pula dijual pada harga USD$ 55,000 dan salinan buku propaganda Hitler, Mein Kampf dijual pada harga USD$ 130,000.

765254

Biarpun dikritik keras oleh golongan Yahudi di Jerman, Pacher memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan menjual barangan tersebut kepada sebarangan orang. Dia turut memastikan bahawa mereka yang hadir ke acara lelongan tersebut bukanlah penyokong Nazi.

Sebelum ini, komuniti Yahudi di Jerman, yang merupakan salah satu sasaran kumpulan pembunuhan kaum Nazi semasa Perang Dunia II telah mengkritik acara lelongan yang diadakan oleh Hermann. Apa pun alasannya, mereka menganggap Hermann telah mempromosikan watak utama Nazi dan menyebarkan idea-idea anti semitisme yang dianut oleh Hitler.

Sebelum ini, salah seorang rakyat Malaysia telah berpeluang untuk melawat kem tahanan Nazi di Poland. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Inilah Gambaran Ngeri Dan Kejam Yang Aku Lihat Sewaktu Di Kem Tahanan Nazi Di Poland

Inilah Gambaran Ngeri Dan Kejam Yang Aku Lihat Sewaktu Di Kem Tahanan Nazi Di Poland – Bahagian 2

Sumber