Nastia, terkenal dikalangan peminat muzik mainstream dan juga indie kembali dengan single terbaharu Tanpamu yang dihasilkan oleh ahli kumpulan Nastia sendiri.

Lagu ini merupakan simbolik kepada semangat baru yang hadir selepas individu-individu tertentu melalui zaman gelap dalam kehidupan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keunikan muzik video Tanpamu kali ini menampilkan kebolehan kesemua ahli kumpulan Nastia sebagai penggerak utama kepada jalan cerita disebalik lagu terbabit.

Single Tanpamu akan turut dimuatkan dalam album kedua Nastia yang berjudul “Teater” dan dijangka keluar pada tahun ini bagi mengubati kerinduan peminat mereka.

Bagi anda yang belum berkesempatan mendengar lagu baharu Kmy Kmo dan Luca Sickta bersama-sama dengan M.Nasir. Klik pautan di bawah.

Kmy Kmo Dan Luca Sickta Tampilkan M.Nasir Untuk Single Baharu Zuhud