Selepas aksi bercakaran pada press conference sebelum ini, pemenang akhirnya telah ditentukan selepas pertarungan di UFC 196. Conor McGregor ‘KO’ ditangan Nate Diaz. Juara featherweight dari Ireland itu yang kelihatan seperti bakal mempertahankan kejuaraannya walau bagaimanapun ‘dicekik’ pada pusingan kedua oleh lawannya dari Amerika. Diaz berjaya mengalahkan Conor dengan rear-naked choke.

miesha-tate-holly-holm-ufc-196-upset-1

Sementara itu, Holly Holm tewas mengejut kepada Miesha Tate yang berlangsung sebelum perlawanan Conor v Diaz. Holm gagal mempertahankan kejuaraanya yang dimenangi daripada Ronda Rousey tahun lepas. Tate mendominasi pusingan awal sebelum Holm kembali garang di pusingan ketiga. Bagaimanapun, Tate menamatkan cabaran Holm di pusingan kelima dengan rear-naked choke.

UFC 196: Conor McGregor v Nate Diaz

Conor McGregor KO ditangan Nate Diaz di UFC 196

Posted by The Vocket on Sunday, March 6, 2016