Semenjak di bangku sekolah lagi, kita sudah sedia maklum dengan sistem galaksi yang mengandungi pelbagai bintang, planet dan objek-objek angkasa termasuklah kewujudan ‘black hole’. Sebelum ini ‘black hole’ hanya boleh diilustrasikan melalui gambar dan lakaran situasi di alam semesta.

Kini buat pertama kali dalam sejarah dunia, National Science Foundation Amerika Syarikat berkongsi gambar ‘black hole’ yang berjaya dirakamkan. Kejayaan mendapatkan gambar sebenar ‘black hole’ ini adalah hasil kerjasama antarabangsa melibatkan sekumpulan pengkaji dari seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

blackhole

Menurut kenyataan rasmi National Foundation Science, gambar ‘black hole’ merupakan hasil usaha projek The Event Horizon Telescope (EHT). Sebanyak 8 buah teleskop telah diletakkan di lokasi strategik di 5 benua negara.

Hasil kajian juga mengesahkan kedudukan sebenar ‘black hole’ yang terletak di tengah-tengah Messier 87. Messier 87 ialah salah satu galaksi terbesar berhampiran dengan kelompok galaksi Virgo.

56744621_1630872863711632_928079086192951296_n

Untuk pengetahuan, proses untuk mendapatkan imej black hole tersebut memerlukan kapasiti storan sebanyak 5 petabytes bersamaan 5.2 juta gigabytes. Diketuai oleh Katie Bouman, hasil usaha beliau nampaknya berjaya setelah algoritma yang dihasilnya berjaya membolehkan imej black hole terhasil.