Mulai beroperasi bermula tahun 1987, Nationwide Express Courier Services Bhd dilaporkan bakal muncul sebagai sebuah lagi syarikat yang bakal menutup operasi di Malaysia.

Difahamkan persekitaran yang semakin mencabar dan sengit antara yang membuatkan syarikat ini memilih untuk menutup operasi selepas 37 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nationwide Express Courier Services Bhd dalam satu kenyataan berkata syarikat mereka sedang mengambil langkah untuk menghentikan operasi perniagaannya secara beransur-ansur selepas petisyen penggulungan difailkan terhadapnya.

Sumber: nationwide express

Untuk pengetahuan, Nationwide Express dibangunkan oleh seorang ahli perniagaan bernama Tan Sri Basir Ismail yang sekaligus berjaya membawa syarikat ini menjadi antara peneraju khidmat kurier dalam negara.

Sebagai rekod, Nationwide Express memiliki 1,100 pekerja, lebih 300 kenderaan dan 500 motosikal. Sebanyak 150 cawangan Nationwide Express turut tersedia di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan kapasiti untuk mengurus 40,000 barangan sehari.

Mengulas mengenai operasi penghantaran barang, syarikat ini dilaporkan bakal menerima barangan terakhir pada 7 Disember ini manakala Nationwide Express bakal menghentikan operasi secara rasmi pada 15 Disember.