Sejak permulaan tahun ini, pelbagai spekulasi terhasil berikutan isu penamatan kontrak Spanco sebagai pembekal kontrak kenderaan rasmi kerajaan selepas lebih dua dekad. Selain itu, isu-isu hangat melibatkan Toyota Vellfire yang bakal dipilih seterusnya digantikan dengan Proton Perdana antara yang menjadi bualan netizen.

Terbaharu, selepas beberapa minggu tender bekalan kereta rasmi kerajaan dibuka, konsortium Naza-Berjaya antara yang dipilih pihak kerajaan bagi membekal, menyelenggara dan menguruskan kereta rasmi.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →
Naza-Automall-Full-New-Arrivals-3L

Sumber: piston

Pemilihan Naza-Berjaya sebagai pembekal kontrak ini sekaligus bakal memberi kelebihan buat konsortium ini memandangkan Naza-Berjaya merupakan pembekal kepada 20 jenama kenderaan. Penawaran dari segi baik pulih kenderaan, servis sokongan selepas penjualan antara yang ditawarkan.

Berdasarkan keputusan yang dibuat, kontrak yang diterima konsortium Naza-Berjaya ini bakal mula berkuat kuasa seawal pertengahan tahun ini. Agak menarik untuk menyaksikan penawaran kereta yang bakal ditawarkan konsortium ini bagi memenuhi kehendak 12,500 buah kereta pihak kerajaan.

Kami kongsikan kepada anda berita berkaitan isu pemilihan kereta kerajaan sebelum pembekal kereta rasmi kerajaan dipilih.

Batal Hasrat Guna Vellfire, Kerajaan Pilih Untuk Kekalkan Penggunaan Proton Perdana

Vellfire Dan Honda Accord Dipilih Sebagai Kenderaan Rasmi Menteri Dan Pegawai Tinggi

Anda Mungkin Suka