Tahniah diucapkan kepada semua atlet negara yang bertanding di sukan Paralimpik Rio 2016 pada kali ini. Satu rekod dan pencapaian yang cukup membanggakan, sekaligus mengharumkan lagi nama Malaysia dipersada dunia.

Khasnya kepada Ridzuan Mohamad Puzi apabila berjaya meraih pingat emas pertama buat Malaysia dalam acara 100m T36, Muhammad Ziyad Zolkefli sebagai penyumbang pingat emas ke 2 dalam acara lontar peluru F20 dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
gold-medalist-malaysia
Gambar: The Star

Selepas memperoleh emas, mereka juga bakal menerima sebuah kediaman Trion 888 di Seri Kembangan dan Kia Sportage setiap seorang. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

“Saya amat berbangga dengan atlet paralimpik Malaysia yang bakal membawa pulang pingat emas ke tanah air.”

“Sebagai sebuah syarikat tempatan, Naza akan memberi ganjaran kepada atlet Malaysia yang memenangi emas di Paralimpik Rio 2016 dengan menghadiahkan kediaman Trion 888 di Seri Kembangan dan juga sebuah Kia Sportage sebagai tambahan.” katanya.

Menurut kenyataan, Trion 888 yang terletak di Equine Park, Seri Kembangan ini dibangunkan oleh syarikat hartanah, Naza TTDI Sdn Bhd bernilai RM350,000. Pembangunan ini dijangka siap sebelum akhir tahun 2017.

SM Nasarudin yang juga menerajui tahun pertamanya sebagai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia menyifatkan kejayaan tersebut bukan hanya memberi inspirasi kepada atlet negara, malah kepada rakyat Malaysia.

“Atlet paralimpik negara telah menunjukkan keberanian dengan mengenepikan kelemahan mereka. Ini yang dimaksudkan Malaysia Boleh!.”

Trion 888, Seri Kembangan

Tahniah kepada semua juara pingat emas di sukan Paralimpik Rio, bukan sahaja dapat emas, pakej lengkap rumah dan kereta sekali.

BACA: Ridzuan Dan Ziyad Sumbang Pingat Emas Buat Negara Di Sukan Paralimpik Rio

Sumber