Sebuah nama baru telah diumumkan Naza Corp Holdings Sdn Bhd pada hari ini apabila Ramasamy Devaraju telah dilantik sebagai timbalan kumpulan CEO serta merta.

Berdasarkan pengalaman beliau sebagai jurutera automotif selama 30 tahun, beliau bakal membantu Naza Corp Holdings dalam menguruskan operasi automotif serta memfokuskan kepada perkhidmatan pelanggan dalam skala yang besar.

Preeston_Devaraju_theedgemarkets

Ramasamy sebelum ini pernah berkhidmat di India dan Timur Tengah dalam menguruskan operasi penjualan melibatkan Hindustan Motors, Tata Motors serta Mercedes-Benz India.

Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum berkhidmat bersama Naza Corp Holdings adalah pengarah operasi di Cycle & Carriage Bintang Bhd dimana beliau telah bertugas di syarikat ini selama 14 tahun.

Tahniah diucapkan buat Ramasamy Devaraju. Semoga lebih banyak kejayaan berjaya dicapai buat Naza Corp Holdings khususnya buat pasaran luar.

Sumber