Jika perlu dipilih satu pasangan untuk gelaran wedding of the year ianya pasti menjadi milik pasangan ini. Anak kepada empayar Naza Group, SM Faliq SM Nasimuddin, 32 membuat lamaran kepada kekasihnya Chryseis Tan, 29 anak kepada jutawan Vincent Tan ketika mereka bercuti di Marrakesh baru-baru ini.

Berita berkenaan lamaran ini dikongsi sendiri oleh Chryseis di laman Instagram milik beliau semalam dan lamaran dibuat di sebuah lokasi yang penuh romantik. Pasangan ini sudah lama berkawan dan dikatakan sudah mula mengenali satu sama lain sejak masih belajar lagi.

30.6.2017 ❤️

A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on

SM Faliq, merupakan Deputy Executive Chairman untuk NAZA TTDI manakala Chryseis adalah CEO untuk Berjaya Times Square serta executive director untuk Berjaya Assets.

Rakan-rakan mereka juga ramai yang mengungkapkan rasa gembira dengan berita ini dan tidak sabar menantikan majlis perkahwinan Faliq dan Chryseis. Semoga segala urusan untuk perkahwinan ini dipermudahkan. Mereka berdua memang sepadan; seorang kacak dan seorang cantik. Bagai pinang dibelah dua.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤