Seperti semua sedia maklum bahawa kerajaan Malaysia ketika ini sedang melakukan kajian berkaitan regulasi penggunaan rokok elektronik, vape dan juga shisha.

Ramai pengusaha rokok elektronik dan cecair e-rokok menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama dengan kerjaan jika undang-undang tersebut dilaksanakan.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Syarikat pengeluar rokok elektronik tempatan iaitu NCIG Malaysia Sdn Bhd turut mengeluarkan kenyataan yang sama akan perihal tersebut. Ketua Pegawai Eksekutifnya Shariffudin Bujang berkata, pihaknya sentiasa bersedia jika kerajaan meregulasi penggunaan vape dan cecair nikotin di Malaysia.

Namun pada masa yang sama, syarikat itu membuat keputusan drastik apabila mengumumkan bahawa operasi mereka di negara ini akan dihentikan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Keputusan drastik ini dibuat supaya pihaknya dapat menumpukan kepada pasaran luar negara terutama di Eropah dan United Kingdom selepas industri e-rokok atau vape tidak diregulasi lagi di negara ini.

“Desakan, ataupun banyak kekangan, untuk kami meneruskan operasi di Malaysia. Kalau kami meletakkan usaha yang sama di negara luar, kami rasa kami akan mampu membantu ramai orang.” katanya pada satu sidang media Kuala Lumpur pada Sabtu, selepas merasmikan Nsummit 2.

Menurut beliau lagi, di Malaysia, nikotin tidak ada regulasi dalam bentuk vape dan undang-undang itu masih lagi dibentuk dan akan dibincangkan di Parlimen bulan Mac tahun depan.

Kesan daripada penutupan syarikat ini, ramai orang bakal kehilangan pekerjaan. Selain itu, industri kreatif bakal terjejas kerana syarikat-syarikat vape ini dilihat menggunakan bakat anak muda tempatan bagi menghasilkan reka bentuk, pengiklanan dan pembungkusan.

Buat masa ini, NCIG akan memfokuskan pasaran luar negara yang mempunyai peraturan peraturan bagi produk elektronik seperti di United Kingdom dan Indonesia.

Terdahulu, KKM mengumumkan bahawa vape dan shisa akan masuk ke dalam peraturan larangan merokok. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Vape Dan Shisha Bernikotin Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok

Vape Tanpa Nikotin Dan Shisha Bakal Dikawal Bawah Undang-Undang Baharu

Penjualan Cecair Rokok Elektronik Mengandungi Nikotin Bakal Dikenakan Denda Atau Penjara

 

Anda Mungkin Suka