Terpalit dengan kontroversi, nama Neelofa kini menjadi sebutan para netizen. Walaupun begitu, Neelofa telah menerima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer daripada kerajaan negeri Kelantan.

Difahamkan, Neelofa merupakan salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah itu sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff di Kota Darulnaim semalam.

Akan tetapi, majlis tersebut tidak dihadiri Neelofa kerana beliau berada di Langkawi atas urusan perniagaan selepas melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

HSK adalah program tahunan yang diperkenalkan kerajaan negeri Kelantan bagi merai, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan di Kelantan dan dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel kontroversi berkaitan Neelofa pada pautan di bawah ini.

Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi

Kongsi Ciapan Sindiran, Tealive ‘Troll’ Pesaing Syarikat Buat Netizen Tergamam

‘Free Marketing’ Seluruh Negara, Neelofa Bersyukur Chatime Di Langkawi Sudah Diketahui Ramai

Sumber