Sebut mengenai Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor pasti seluruh Malaysia mengenalinya. Berjaya menempa nama dalam industri hiburan sebagai pelakon dan hos serta menceburi bidang usahawan berjaya menaikkan lagi nama beliau.

Terbaharu, usahawan dan selebriti ini berjaya memenangi Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) bagi kategori Usahawan di Monaco. Kejayaan beliau telah dikongsikan melalui sebuah post di Instagram yang menampilkan trofi yang dimenanginya. Beliau turut mendedikasikan kejayaan beliau terhadap orang ramai terus menyokong beliau sejak daripada permulaan karier beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/B3TAO2cHXLr/

Kejayaan Neelofa merangkul anugerah ini sekaligus berjaya mengalahkan beberapa calon usahawan dan influencer luar negara seperti The Kaplan Twins, Lufyyyy, Hugo Philip dan Caroline Receveur.

Untuk pengetahuan, IAM 2019 diasaskan oleh Pauline Ducruet serta beberapa individu berpengaruh. Anugerah yang dijalankan di Monaco ini turut disebutkan sebagai ‘Anugerah Oscal bagi dunia digital’.

Seramai 100 influencer media sosial telah dijemput ke anugerah ini terdiri daripada pelbagai bidang merangkumi fesyen, keusahawanan, penjenamaan dan selebriti.

Tahniah Neelofa! Anda sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia ke peringkat global menerusi kejayaan yang diperoleh. Pastinya kejayaan ini bakal membuka peluang kepada selebriti tanah air yang lan untuk mengikuti jejak langkah yang sama.

Sebelum ini, AirAsia pernah melantik Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat tersebut. Beliau juga pernah berkolaborasi dengan syarikat permodelan di London. Ketahui lebih lanjut mengenai Neelofa dengan klik pautan dibawah.

Apakah Kelebihan Yang Bakal Dibawa Neelofa Kepada AirAsia?

Neelofa Jalin Kerjasama Dengan Syarikat Permodelan London

Neelofa Berkolaborasi Bersama Chatime Perkenalkan Aiskrim Teh Boba