Baru-baru ini, Tealive baru sahaja perkenalkan aiskrim teh boba. Kini, Chatime pula tampil berkolaborasi bersama Neelofa perkenalkan aiskrim teh boba.

Pastinya ini akan menjadi persaingan sengit antara dua jenama besar ini. Malah, inovasi aiskrim teh boba ini pastinya berikutan kegilaan rakyat Malaysia terhadap boba yang memuncak.

Neelofa dikhabarkan akan membuka Chatime Signature Cafe pertama di Malaysia. Ini pastinya menjadi menu utama untuk kafe terbabit. Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut bila akan dilancarkan.

Baca lagi: Tealive Perkenalkan Aiskrim ‘Milk Tea’ Berharga RM5.90