Sebut mengenai Neelofa pasti seluruh Malaysia mengenalinya. Berjaya menempa nama melalui industri lakonan, pengacaraan serta berjaya dalam bidang bisnes melalui syarikat Naelofar berjaya membuatkan Neelofa menjadi idola kepada orang ramai.

Kejayaan dan populariti beliau turut mengundang beberapa syarikat beliau untuk dilamar sebagai duta manakala AirAsia pula telah sebulat suara untuk melantik beliau sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AirAsia pada Disember 2017.

AMIRUDIN SHARI
HYPE
9 Inisiatif Selangor Prihatin Berjumlah RM127.78 Juta Yang Bakal Manfaatkan Rakyat
Baca lagi →
Photo-1-e1496889746779

Sumber: Marketing Interactive

Terbaharu, tular di Twitter @cocorello mengenai pendapatan Neelofa sebagai salah seorang ahli lembaga safety review board untuk AirAsia pada tahun 2018 telah mengejutkan pelbagai pihak dengan jumlah pendapatan RM279,375 setahun tidak termasuk elaun sebanyak RM8,000.

Di sebalik jumlah gaji besar yang diterima Neelofa, para netizen kebanyakannya tidak mempunyai masalah dengan gaji yang diterima Neelofa apatah lagi mengetahui AirAsia merupakan sebuah syarikat swasta yang berpeluang menentukan gaji yang setimpal buat ikon wanita ini.

Walau bagaimanapun, muncul tanda tanya di kalangan netizen yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kredibiliti Neelofa sebagai ahli lembaga safety review board AirAsia apabila mengetahui latar belakangnya yang bukan daripada bidang penerbangan.

Dalam pada itu, gaji Tony Fernandes dan Kamarudin Maranun bagi tahun 2018 masing-masing turut dipaparkan dengan jumlah RM22.1 juta dan RM21.9 juta. Mungkin sahaja terdapat usaha beliau dalam menaikkan lagi nama AirAsia walau bagaimanapun sudah pastinya ia adalah rahsia syarikat yang menggajikan beliau.

Ketahui lebih lanjut mengenai berita perlatikan Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AirAsia serta kelebihan yang bakal dibawakan beliau.

Neelofa Dilantik Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia

Apakah Kelebihan Yang Bakal Dibawa Neelofa Kepada AirAsia?

Didakwa Susu Pisang Nilofa Dirampas, Neelofa Tampil Beri Penjelasan

 

Anda Mungkin Suka