Hampir 3 tahun dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AirAsia, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama Neelofa dilaporkan telah meletak jawatan di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Beliau yang merupakan pengasas kepada jenama Naelofar Hijab mulai dilantik menjawat jawatan tinggi di AirAsia ini pada Disember 2017 oleh Tan Sri Tony Fernandes.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CDsxXkEHjco/

Berdasarkan laporan daripada Bernama, perletakan jawatan Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AirAsia adalah disebabkan komitmen peribadi. Beliau dilaporkan telah menghantar surat perletakan jawatan pada 17 Ogos lalu dan disahkan AirAsia pada hari ini.

Untuk pengetahuan, perlantikan beliau sebelum ini dipilih selepas kejayaan yang diperoleh beliau sepanjang karier menjadi usahawan melalui jenama Naelofar sekaligus menjadikan beliau sebagai ikon syarikat penerbangan ini.

Dilaporkan Neelofa telah menerima elaun sebanyak RM279,375 sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AirAsia. Ketahui lebih lanjut mengenai kelebihan yang dibawa beliau dengan klik pautan di bawah.

Neelofa Dilaporkan Terima Gaji RM279,375 Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia

Apakah Kelebihan Yang Bakal Dibawa Neelofa Kepada AirAsia?

Sumber