Pada hari ini, di dalam program Daya eUsahawan yang dianjurkan oleh KKMM dan MDEC, pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa dijemput sebagai salah seorang speaker.

Ramai tertarik dengan perkongsian beliau dalam membangunkan Naelofar Hijab.

Di bawah adalah nota yang ditulis oleh Puan Rosfazila Ramli, seorang usahawan dan pengurus dalam bidang latihan:

Neelofa Dan Bisnes

Neelofa dilahirkan dalam keluarga yang memang mempunyai DNA berniaga. Dari nenek moyang dan ibunya memang minat berniaga.

Beliau biasa membantu ibunya berniaga. Malah Neelofa pun mencuba bermacam-macam perniagaan seperti perniagaan kasut, jubah dan kanta mata sebelum meletup dengan tudung instant shawl seperti sekarang.

Naelofar Hijab

Neelofa dan pasukannya menubuhkan Naelofar Hijab pada tahun 2014 dan menjalankan perniagaan 100% atas talian pada masa itu.

Semasa permulaan, pasukan beliau hanya menyediakan 200 helai shawl sahaja untuk dijual. Selepas mendapat sambutan, barulah pasukan beliau mula membuat jualan di bazar-bazar dan ekspo-ekspo tempatan.

neelofa-01

Tidak berapa lama kemudian, pasukan beliau memperkenalkan sistem stokis dan agen.

Seramai 800 orang stokis berdaftar tetapi hakikatnya, hanya 400 orang sahaja yang aktif. Belajar daripada peristiwa ini, pasukan beliau kini membangunkan sistem yang lebih ketat untuk mencari stokis yang lebih berkualiti.

Nekad untuk menjadikan bisnesnya berjaya, Neelofa fokus dan langsung tidak mengambil tawaran berlakon selama 3 tahun. Dalam tempoh itu, Neelofa hanya memenuhi jemputan sebagai pengacara sahaja.

Jualan Luar Negara

Neelofa dan pasukannya menggunakan Bahasa Inggeris di laman web mereka. Ternyata, pemilihan bahasa mereka tepat, sehingga mampu mendapatkan jualan dari 37 buah negara seluruh dunia.

Ini jelas terbukti apabila pasukan beliau berjaya menghasilkan jualan luar negara sebanyak RM6 juta pada tahun lepas.

Manakala jualan dalam negara mencecah 8 angka, iaitu sebanyak RM50 juta.

Naelofar Hijab hanya menawarkan 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab.

Kembali Berlakon

Selepas 3 tahun tidak berlakon, Neelofa merasakan perlu kembali ke layar perak sebagai salah satu usaha pemasaran buat syarikat beliau.

Neelofa mengambil keputusan untuk berjumpa dengan penerbit dan pengarah terkenal, Micheal Ang. Kebetulan Micheal Ang mempunyai 1 naskah karya yang masih belum dibuat drama. Micheal Ang bersetuju meneruskan projek karya itu dan mengambil Neelofa sebagai heroin. Drama tersebut ialah Suri Hati Mr Pilot, drama bersiri yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia baru-baru ini.

Selepas membaca sinopsis, Neelofa balik ke pejabat dan memanggil designer untuk mereka 3 jenis tudung yang mewakili Warda semasa bujang, selepas berkahwin dan selepas dapat anak.

Ternyata percaturan beliau berjaya apabila jualan tudung Warda meletop-letop sepanjang tayangan drama bersiri Suri Hati Mr Pilot di kaca TV.

BACA: Jualan 50 Juta Setahun, Berikan Peluang Neelofa Tunaikan Haji Lebih Awal

9 Pesanan Neelofa

Ini pula pesanan Neelofa kepada mereka yang baru menceburi dunia bisnes:

1. Tahu identiti jenama yang ingin ditonjolkan.

Logo, warna (beliau menetapkan tudung Nealofar hanya menggunakan warna-warna pastel) dan cara copywriting (gaya bahasa) sudah ditentukan dari hari pertama.

2. Kena kenal siapa sasaran pasaran produk kita.

3. Pastikan produk berkualiti.

Melabur dalam photoshoot untuk menghasilkan gambar yang berkualiti.

4. Gunakan pemasaran yang murah ketika bermula.

Beliau memulakan dengan low cost marketing melalui FB dan Instagram.

5. Konsisten mengemas kini FB dan IG beberapa kali dalam sehari menggunakan gambar yang berbeza-beza.

6. Memberi maklumat lengkap bagi setiap koleksi.

7. Menyediakan informasi lain yang pelanggan mahukan.

8. Mencari gaya unik dalam pemasaran.

Sebagai contoh, dalam pasaran terlalu ramai penjual shawl membuat video tutorial pemakaian tudung/ shawl sebagai kaedah pemasaran.

Pada tahun ini Naelofar Hijab tampil berbeza dengan menyediakan drama ringkas bersiri untuk memasarkan koleksi hari raya mereka.

Kuncinya, mestilah kreatif!

9. Manfaatkan sepenuhnya media sosial.

Banyak input yang diperolehi daripada perkongsian Neelofa. Beliau memang berusaha keras untuk menjadikan bisnesnya berjaya seperti hari ini.

Perkongsian di IG

Di Instagram tidak kurang yang berkongsi pengalaman mereka mendengar perkongsian Neelofa di dalam acara tersebut.

Perkongsian ini telah di-regrann-kan oleh IG ilofayou, iaitu laman IG peminat yang mengetengahkan konten berkaitan Neelofa.

1. Mencipta ‘Look’

Satu perkara menarik, Neelofa bukan sekadar menjual tudung tetapi juga ‘look’ atau aura yang dicipta apabila memakai shawl Warda.

‘Look’ ini asalnya dicipta untuk watak Warda dalam drama bersiri Suri Hati Mr Pilot. Daripada 3 gaya, Neelofa dapat mencipta identiti pemakai yang muda, bekerjaya dan sudah berkeluarga. Ramai memuji pemilihan pakaian dan stail heroin yang begitu cantik. Fashion stylist untuk drama ini bernama Abu Shaef Hamza berjaya menjadikan gaya Warda always on point.

BACA: 11 Tip Gaya Menawan Neelofa Dalam Suri Hati Mr Pilot Yang Anda Sendiri Boleh Cuba

2. Bagaimana mencipta IG Visibility.

Nota beliau jelas dituliskan dalam gambar di bawah.

3. Brand positioning

Kepentingan kepada pelanggan dan pengguna untuk berasa bangga menggunakan produk kita.

Bagaimana ia mencipta perasaan yakin dan gah kepada pemakai.

Amatlah penting untuk tidak membuat iklan atau pemasaran yang ‘cincai’ semata-mata mahu pelanggan mengetahui tentang produk kita.

4. Konsep rezeki

Akhir sekali, apa kata Neelofa tentang rezeki. Baca caption di bawah gambar ini.

“Walau ada 10 kedai shawl dalam satu deretan kedai, percayalah rezeki kita tetap ada. Tak ada istilah rampas customer. Kita dah ada rezeki masing-masing.”

Neelofa, bukan sekadar cantik, tetapi bergeliga dan berjaya. Seorang anak muda yang boleh dijadikan idola semua.

Guess what, anda pun boleh menjadi seorang eUsahawan, atau dalam bahasa biasa, seorang usahawan online. Tekan link ini untuk maklumat lebih lanjut.

Semoga anda terinspirasi. Selamat berjaya.

BACA: ‘eU@Marketplace’ Program Untuk Mantapkan Bisnes Serta Jadikan Anda Seorang Jutawan Online