Jika anda sudah menonton muzik video lirik lagu terbaru Damba Cintamu nyanyian Alif Satar dan Raihan pasti anda akan perasan kelibat wanita yang memakai telekung dalam lagu tersebut sebenarnya adalah Neelofa.

Buat anda yang tertanya-tanya bagaimana pengacara terkenal tersebut boleh muncul dalam muzik video itu, penyanyi Alif Satar berkata dia mula mendapat idea selepas melihat gambar Neelofa yang sedang menangis di Arafah pada tahun lalu.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

“Asalnya saya dan Raihan ada benda nak buat membabitkan kami. Namun, apabila fikir balik, saya cakap ada idea nak bekerjasama Lofa. Kalau imbas semula tahun lalu semasa Lofa buat Haji, ada gambar dia berdoa menangis di Arafah di tengah hujan.

“Saya terus menghubungi Lofa dan beritahu mengenai projek ini. Dia tanya kena buat apa, saya jawab menangis saja. Dia gelak dan cakap okay. Mungkin orang tak tahu, Lofa ini ada potensi menjadi pelakon ‘method’. Saya tahu kemampuan dia boleh menangis dan sedih. Jadi, dalam video ini saya nak dia menangis.

“Dia datang studio awal tahun. Sebelumnya dia tanya nak mekap macam mana. Saya cakap tak nak, hanya bawa telekung hitam saja. Rakaman tidak sampai setengah jam pun.

“Kalau ikutkan saya dan Raihan patut ada juga dalam video, tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika ini, akhirnya Lofa seorang saja. Tapi pasukan saya buat suntingan dengan satu cara dan stail video lain iaitu MV lirik bersama Lofa,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Tidak kenakan bayaran

Tambah mengejutkan menurut Alif yang muncul di sesi siaran langsung #dirumahjer di Instagram @myhmrap semalam menjelaskan Neelofa tidak mengenakan bayaran untuk pembabitannya dalam projek tersebut.

“Dia buat secara percuma. Saya pun tak tahu macam mana Lofa boleh setuju. Saya sangat berbesar hati dan gembira. Semasa menawarkan tugas itu, saya tanya berapa bayaran tapi dia cakap tak perlu. Buat dan rakam saja.

“Saya terus macam, tak tahu lah. Lofa bagi produk susu, tudung kepada isteri dan ini buat video lirik secara percuma pula. Lofa memang memberikan komitmen sepenuhnya. Apa saya minta dia buat saja tanpa bertanya apa-apa. Saya sangat bertuah dia terbabit dalam projek ini,” tambahnya.

Sejak dimuat naik pada semalam, muzik video lirik lagu tersebut sudah pun mencapai lebih 300,000 tontonan di Youtube dengan rata-rata komen yang ditinggalkan netizen memberikan maklum balas yang baik terhadap lagu tersebut.

Buat anda yang masih belum mendengar dendangan terbaru Raihan dan Alif Satar ini, apa kata anda klik pautan di bawah untuk menonton video muzik Damba CintaMu. 

Dengarkan Single Baharu Alif Satar Dan Raihan ‘Damba CintaMu’

Dengarkan Single Khas Alif Satar Dan Raihan ‘Sesungguhnya2019’

Anda Mungkin Suka