Pasti anda tahu bahawa merakam filem dalam panggung wayang merupakan satu kesalahan. Malah sebelum filem ditayangkan, terdapat iklan dan pesanan yang disampaikan mengenai isu ini.

Adakah anda tahu hukuman yang boleh dikenakan ke atas anda jika anda didapati secara tidak sah merakam filem yang ditayangkan dalam panggung wayang? Anda boleh dikenakan hukuman sebanyak RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam kecoh dalam kalangan netizen apabila seorang pengguna Twitter membangkitkan isu tersebut dimana Neelofa telah memuat naik video berdurasi beberapa saat di Insta story rakaman filem Lion King. Justeru itu, isu terbabit telah mendapat perhatian pihak GSC dan TGV.

Ini menunjukkan pihak pawagam sangat memandang serius kesalahan ini dan status selebriti bukanlah satu lesen untuk Neelofa terlepas daripada berbuat demikian. Namun, Neelofa telah memadam video berkenaan dan membuat permohonan atas kesalahan yang telah dilakukan.

Neelofa menegaskan bahawa tidak mempunyai niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta, apatah lagi sebagai seorang artis dia sangat menghormati sebarang perkara tentang harta intelek.

Isu merakam filem dalam pawagam nampaknya masih tiada titik noktah. Mungkin kerana tiada kesedaran atau undang-undang tersebut dipandang ringan oleh pelaku-pelaku? Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Sumber