Sebut sahaja MeleTOP pasti rata-rata daripada anda sering menonton rancangan hiburan ini dimana menampilkan Neelofa dan Nabil sebagai pengacara rancangan tersebut.

Akan tetapi, satu pengumuman yang dibuat oleh Neelofa semalam cukup mengejutkan netizen. Neelofa telah mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri daripada rancangan MeleTOP secara ‘live’ dan bulan ini merupakan bulan terakhir beliau akan mengacarakan rancangan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Neelofa telah menjadi pengacara MeleTOP sejak tahun 2012 dan pastinya ini merupakan keputusan yang sukar diambil oleh Neelofa. Rata-rata netizen terkejut dengan pengumuman tersebut dan berharap Neelofa akan lebih berjaya kelak.

Pastinya ada daripada anda yang akan merindui gelagat Neelofa dalam MeleTOP. Jangan lupa untuk lihat episod-episod terakhir beliau pada bulan ini.

Tahukah anda bahawa peranan ‘gadis Trivago’ bukan lagi Dahlia Shazwan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Dahlia Shazwan Umum Bakal Tinggalkan Peranan ‘Gadis Trivago’

Tonton Temubual Unik BoboiBoy Dan Adu Du Secara ‘Live’ Di MeleTOP