Jenama baru meningkat naik di Malaysia Iaitu Neffos yang dibawah naungan syarikat TP-link telah hadir dengan tiga model telefon pintar mampu milik. Antara tiga model itu ialah Neffos X9, Neffos C9 dan Neffos C9A untuk pasaran Malaysia.

Neffos X9 Ia didatangkan dengan paparan skrin FullView bersaiz 5.99 inci dengan resolusi HD+ 1440×720 dan nisbah 18:9. Untuk spekfikasi pula ia menggunakan CPU empat teras MediaTek MTK6750 bersama-sama dengan pilihan memori dan storan RAM 3GB, 32GB ataupun RAM 4GB , 64GB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi sistem operasi pula, telefon ini dilengkapi dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Storan pula boleh disokong sehingga 128GB jika menggunakan kad microSD.

Neffos X9 – 01

Sistem dwi-kamera 13MP + 5MP f/2.0 di bahagian belakang yang juga mempunyai sistem pemfokusan Phase Detect Autofocus (PDAF) yang menjanjikan gambar-gambar yang tajam dan kamera hadapan menggunakan 8MP.

Untuk bateri ia didatangkan dengan saiz bersaiz 3060mAH berserta sambungan USB-C dengan pengecasan 5V2A. Malangnya telefon ini tidak dilengkapi audio jack.

Selain model Neffos X9, pihak Neffos Malaysia juga turut memperkenalkan dua buah telefon pintar yang hadir harga sangat murah iaitu model C9 dan C9A.

Neffos C9 & C9A – 02

Kedua-dua model ini dilengkapi dengan spesifikasi dalaman yang sama hanya perbezaan pada saiz sahaja yang mana Neffos C9 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.99 inci dan Neffos C9A pula didatangkan dengan skrin bersaiz 5.49 inci.

Model ini dilengkapi dengan paparan FullView pada resolusi HD+ 1440×720, CPU MediaTek MT6739, kamera pandang belakang bersaiz 13MP dan memori sebanyak 2GB dan juga storan 16GB ia disokong penggunaan kad microSD.

Neffos Malaysia juga mengumumkan harga untuk setiap model ini. Bagi model X9 ia dijual dengan harga serendah RM 599 bermula hari ini. Manakala Model C9 RM429 dan Neffos C9 akan mula dijual pada penghujung bulan Ogos pada harga RM499.

Photo 1 new

Photo 2 new

Photo 5 new

Neffos C9 & C9A – 01

Neffos X9 – 02