Motosikal merupakan salah satu kenderaan yang ramai miliki kerana ia dapat membantu individu bergerak dari satu tempat dengan mudah serta menjimatkan. Bagaimanapun ada negara langsung tidak membenarkan kenderaan beroda dua itu masuk ke lebuh raya.

Baru-baru ini seorang gadis Indonesia yang menggunakan akaun TikTok @giannovie berkongsi rasa keterujaannya melihat motosikal bebas bergerak di atas lebuh raya di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Satu perkara yang saya masih teruja semasa berada di Kuala Lumpur apabila melihat motosikal boleh menggunakan lebuh raya.

“Sebab di Indonesia, motosikal langsung tidak dibenarkan menggunakan lebuh raya. Jadi setiap kali saya memandu (di Malaysia) saya akan terkejut dengan kehadiran kenderaan tersebut,” kata Giannisa Ovie.

@muslimtravelwithgia

Masih kaget kalau terjumpa motorcycles di highways 😂 #indonesianinmalaysia #orangindonesiadimalaysia #cultureshock #tiktokmalaysiaviral #fypdong #tiktokindonesia #tiktokindo

♬ bunyi asal – Nyap tahuk – 🇨 🇪 🇴  🇿 🇺 🇱

Perkongsian Giannisa menggundang 1001 persoalan di kalangan netizen, adakah benar kenderaan itu tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam lebuh raya di Indonesia.

Menurut beliau, motosikal hanya dibenarkan masuk kawasan jalan-jalan biasa sahaja. Tambah Giannisa lagi, lebuh raya lebih dikenali sebagai ‘jalan tol’ dan motosikal tidak boleh menggunakan laluan tersebut.

Antara salah satu sebabnya jumlah pengguna motosikal terlalu tinggi dan bimbang sekiranya dibenarkan masuk ke lebuh raya, boleh mengakibatkan kesesakan yang luar biasa.

Sumber Gambar: TikTok @giannovie
Sumber Gambar: TikTok @giannovie
Sumber Gambar: TikTok @giannovie
Sumber Gambar: TikTok @giannovie
Sumber Gambar: TikTok @giannovie

Gadis itu turut kagum apabila mengetahui kenderaan beroda dua itu boleh menggunakan lebuh raya secara percuma sahaja di negara ini.

Penjelasan yang dikongsikan oleh Giannisa telah menjawab persoalan mengapa tiada kelibat motosikal kelihatan menggunakan lebuh raya di Indonesia, hanya kelihatan di kawasan-kawasan jalan raya biasa sahaja.

Tambah Giannisa lagi, di Malaysia dia ‘belajar’ untuk memandu tanpa menggunakan hon dengan kerap, seperti mana ‘perbuatan itu’ yang sudah jadi satu kebiasaan di Indonesia.

Terdahulu, ada seorang gadis dari Indonesia juga berasa kagum apabila melihat banyak kereta-kereta model sedan digunakan di Malaysia. Anda boleh baca lebih lanjut melalui pautan ini.