Rakyat Singapura dilaporkan telah menyerbu penginapan dan hotel yang terdapat di Singapura bagi menghabiskan percutian hujung minggu, lapor Mothership.

Dengan pintu sempadan yang belum dibuka dan arahan untuk bercuti ke luar negara masih belum dibenarkan, rakyat Singapura tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menghabiskan hujung minggu mereka di hotel yang terdapat di sekitar Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, seorang rakyat Singapura yang memilih untuk menginap di Hotel Grand Park Orchard terpaksa menunggu sehingga empat jam untuk mendaftar masuk ke hotel terbabit, manakala yang lain pula terpaksa menunggu lebih dari tujuh jam.

129901158_2885510905067893_6213418337091521540_n

Salah seorang pula memberitahu Mothership bahawa dia mula beratur pada jam 3 petang dan hanya dilayan oleh Pengurus Besar Hotel selepas lima jam kemudian. Dia diberi tiga pilihan iaitu mendapat bayaran balik 100 peratus, naik taraf bilik dengan percuma atau terus menunggu dengan 50% potongan untuk makanan di hotel.

Selain daripada itu, perkara sama dilaporkan berlaku di Hilton Hotel apabila seorang lelaki berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Loh terpaksa menunggu sehingga 5 jam untuk mendapatkan bilik.

Dia yang mula menunggu sekitar jam 12 tengahari hanya mula dilayan setelah jam 5 petang. Pengurusan Hilton Hotel turut memohon maaf kepada Loh dan memberi jaminan dia akan diberikan bilik.

Screenshot-2020-12-13-at-13.05.49

Selain Hilton Hotel dan Grand Park Orchad, dilaporkan perkara yang sama turut terjadi di Four Points by Sheraton Singapore, Riverview, Grand Hyatt dan Pan Pacific.

Salah seorang pengguna Trip Advisor telah bertindak memberi satu bintang kepada Pan Pacific Singapore disebabkan masa menunggu yang lama. Dia turut mempersoal pengurusan Pan Pacific yang menyediakan hanya dua kakitangan untuk menguruskan kemasukan tetamu.

Terdahulu, sebuah butik Foot Locker di Singapura diarah tutup buat sementara waktu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Gara-Gara ‘Reseller’, Butik Foot Locker Di Singapura Diarah Tutup Sementara

Dijangkiti Wabak Semasa Hamil, Ibu Di Singapura Lahirkan Bayi Dengan Antibodi COVID-19

Sepantas Seminit, Penyelidik Singapura Hasilkan ‘Test Kit’ COVID-19 Dengan Hembus Nafas Sahaja