Apple iPhone sememangnya terkenal dengan penghasilan smartphone yang mewah dan dijual dengan harga yang mahal berbanding smartphone keluaran jenama lain. Bukan sahaja Malaysia, malah di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat dimana purata gaji mereka jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia.

Dalam pada itu, tahukah anda Apple iPhone sebenarnya dijual dengan harga yang berbeza-beza di setiap negara. Difahamkan faktor melibatkan permintaan pelanggan, matawang serta kos-kos tersembunyi yang lain antara punca yang membuatkan Apple iPhone mempunyai tanda harga yang berbeza disetiap negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Carta dibawah ini bakal memberi gambaran kepada anda harga Apple iPhone 7 128 GB di 33 buah negara mengikut matawang USD.

Amerika Syarikat menjadi negara terendah menjual Apple iPhone 7 manakala Turki menjadi negara termahal untuk mendapatkannya dengan harga penjualan $1200 (~RM5205.00).

Meskipun kilang yang menghasilkan Apple iPhone terletak di China, hal ini tidak bermakna China berpeluang mendapatkan Apple iPhone 7 dengan harga yang rendah berbanding beberapa negara lain.

Malaysia pula tersenarai sebagai negara keempat terendah menawarkan Apple iPhone 7 128GB dengan harga $846 (RM3668.68). Adakah ini sebabnya ramai diantara rakyat Malaysia berminat untuk mendapatkan Apple iPhone 7?

Sumber