Pada Disember 2016, Independent UK menerbitkan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Ipsos MORI, sebuah syarikat penyelidikan pasaran, tentang ‘2016 Index of Ignorance’ atau ‘Indeks Kejahilan 2016’.

Ipsos MORI membuat kaji selidik melibatkan 27,250 orang berusia 16 hingga 64 tahun, menguji pengetahuan mereka tentang negara sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kajian ini dijalankan pada September sehingga November 2016. 40 negara terlibat, di mana dianggarkan kira-kira 500 sehingga 1,000 orang diuji daripada setiap negara.

Soalan-soalan termasuklah jumlah populasi negara, perbelanjaan penjagaan kesihatan negara, pemilikan rumah dan bilangan Muslim di negara mereka.

Keputusan menunjukkan tiada kaitan di antara kekayaan dan ‘kejahilan’.

Amerika Syarikat, salah satu ekonomi paling kaya di dunia tergolong dalam 10 negara paling jahil.

Manakala Malaysia yang masih rancak membangun, tergolong dalam 10 negara paling ‘sedar’.

10 negara paling jahil

10 negara paling jahil (ignorant), mengikut susunan, adalah:

1. India
2. China
3. Taiwan
4. Afrika Selatan
5. Amerika Syarikat
6. Brazil
7. Thailand
8. Singapura
9. Turki
10. Indonesia

10 negara paling sedar

10 negara paling sedar atau ‘least ignorant’, mengikut susunan, adalah:

1. Belanda
2. United Kingdom
3. Korea Selatan
4. Republic Czech
5. Malaysia
6. Australia
7. Jerman
8. Itali
9. Norway
10.Sweden