Senarai negara yang memililik rakyat paling murah hati terhadap orang asing ini dikeluarkan oleh World Giving Index 2016. Dalam satu tinjauan yang telah dibuat Charities Aid Foundation (CAF), keputusan membuktikan sebanyak 80% rakyat Iraq suka membantu orang asing.

Meskipun hidup di dalam keadaan perang, dihimpit kemiskinan dan kekurangan makanan, majoriti rakyat Iraq dikatakan tidak ragu untuk membantu orang asing terutama kepada mereka yang memerlukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paling mengejutkan, setengah daripada maklum balas berdasarkan 140 negara yang diterima mengaku kebanyakkan negara dilanda perang majoritinya mempunyai rakyat yang baik. Keputusan ini adalah hasil penelitian yang telah dibuat sejak tahun 2010 lagi.

iraq

Tinjaun berdasarkan 140 negara ini memilih Myanmar sebagai negara paling atas manakala China pula berada di tangga paling bawah. Lebih daripada setengah penduduk Myanmar dikatakan rela meluangkan masa dalam membantu kerja-kerja bersifat sosial, manakala 73% yang lainnya mengaku suka menolong orang lain.

Dalam hal membantu orang asing, menjadi sukarelawan dan memberi sumbangan, Myanmar menduduki posisi paling atas dalam carta World Giving Index 2016 kali ini.

Manakala 63% daripada rakyat Amerika pula suka membantu dalam hal-hal seperti memberi sumbangan berbentuk wang dan 73% daripadanya dalam hal membantu orang asing.

Berikut adalah senarai 10 negara dengan rakyat paling murah hati terhadap orang asing yang dikeluarkan oleh World Giving Index 2016:

1. Myanmar 70%
2. Amerika Syarikat 61%
3. Australia 60%
4. New Zealand 59%
5. Sri Lanka 57%
6. Kanada 56%
7. Indonesia 56%
8. United Kingdom 54%
9. Ireland 54%
10. Uni Emirat Arab 53%

2016-top-10