Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sediakan jaket anda kerana musim sejuk bakal melanda Malaysia dengan suhu dijangka mencecah paras terendah dengan 24 darjah celcius sehingga awal tahun hadapan.

Malaysia dijangka bakal dilanda monsoon dengan angin sekuat 35km/j dan hujan sepanjang dua hingga lima hari.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Tetapi situasi ini bukanlah boleh diraikan apabila beberapa tempat dijangka bakal dilanda banjir kilat – curahan hujan tertinggi dicatat di bahagian pantai timur dan selatan negara.

Situasi ini berlaku disebabkan “pemanasan yang kuat ditambah dengan penumpuan angin di kawasan sekitarnya”, yang mewujudkan sebuah keadaan berawan dan berangin yang akan mengakibatkan terbentuknya awan ribut petir.

Agensi meteorologi Malaysia berkata hujan lebat yang disebabkan oleh musim monsun dijangka akan memberi kesan yang besar kepada Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bulan ini.

Angin akan beralih pada bulan Februari dan Mac, menjadikan hujan ke Sabah dan Sarawak sebaliknya.

Lihat cara kreatif pembaca berita ini melaporkan berita kaji cuaca. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Laporan Kaji Cuaca Ini Dipersembahkan Dengan Gaya Yang Sangat Epik

Suhu Cecah 40ºC, Jepun Berdepan Cuaca Panas Melampau

Suhu Di Sebuah Pantai Rusia Turun Mendadak Dari 41°C Ke 22°C Dalam Sekelip Mata Mengakibatkan Ribut Dan Hujan Batu Yang Dasyat

Sesuatu Yang Tak Mungkin Anda Lihat Hingga Tahun 2032, Planet Utarid Dirakam Melintas Depan Matahari