Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

FMLLP sebentar tadi baru sahaja mengadakan sidang media untuk mengumumkan keputusan status 4 pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana musim 2018 akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam melalui siran Facebook Live mengesahkan bahawa pasukan Felda United FC akan diturunkan ke Liga Perdana Malaysia untuk musim 2018 selepas gagal mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

23905254_1771327742911918_3294242430436648075_n

Selain itu, isu berkenaan pasukan yang baru ‘ditukar’ nama, Terengganu FC II, yang sebelum ini dikenali sebagai T-Team, akan beraksi dalam Liga Perdana pada musim 2018 selepas permohonan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menjadikan kelab itu sebagai ‘feeder club’ Terengganu FC I diluluskan FMLLP.

23737880_1550875461658440_4463711245116804736_o

Dengan status Felda United FC dan Terengganu II yang akan beraksi dalam Liga Perdana musim 2018, pasukan PKNP dan Negeri Sembilan akan dinaikkan ke Liga Super bagi menggantikan 2 pasukan yang telah diturunkan ke Liga Perdana.

Ikuti video pengumuman FMLLP berkenaan status pengesahan penyertaan pasukan Liga Super dan Liga Perdana 2018.

Anda Mungkin Suka