Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kejadian yang cuma berlaku dalam permainan video nampaknya terjadi di dunia sebenar. Dalam laporan oleh laman Harian Metro, dua suspek bertindak nekad apabila melarikan sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik pasukan polis di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang malam tadi.

Menurut sumber, suspek pada mulanya menyamar menjadi anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) dengan menaiki motosikal sekitar jam 9.40 malam semalam.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Suspek kemudiannya mendakwa mahu melakukan pemeriksaan terhadap MPV berkenaan sebelum melarikan salah sebuah kereta peronda polis itu. Lebih memeranjatkan, kereta peronda polis itu akhirnya ditemui semula berhampiran lampu isyarat Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, sekitar jam 2 pagi tadi.

Suspek yang merupakan seorang lelaki dan wanita berjaya diberkas polis di lokasi kejadian. “Ada kemungkinan kereta MPV yang dilarikan itu kehabisan petrol. Motif kereta MPV itu dilarikan masih dalam disiasat,” kata pihak berkuasa.

Kereta MPV Honda Civic 1.8S adalah kenderaan terbaru digunakan PDRM yang dilengkapi peralatan komunikasi dan kamera berteknologi terkini sejak pertengahan September lalu. Kedua-dua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, seorang artis wanita ditahan pihak polis kerana berbasikal dan rentas negeri ketika PKPB. Baca lagi pada pautan di bawah.

Padah Berbasikal Rentas Negeri, Artis Wanita Ditahan Polis

Dakwa Diugut Dan Diminta Wang Perlindungan, Pemilik Restoran Nasi Kandar Terkenal Buat Laporan Polis

Polis Berkas Individu Bergelar ‘Datuk’, Disyaki Songlap RM60,000 Daripada Peniaga Kecil

Anda Mungkin Suka