Pada petang semalam tular di media sosial satu rakaman video satu percubaan langgar lari oleh sebuah lori setelah melanggar seorang penunggang motosikal. Mangsa yang berusia 21 tahun patah tangan dan cedera di kaki.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.50 petang itu, sebanyak empat buah kenderaan di Kampung Bukit Changgang, Banting telah dilanggar oleh sebuah lori yang cuba melarikan diri dalam keadaan mengundur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125zr dari arah Jalan Banting-Dengkil menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dilanggar sebuah lori datang dari arah bertentangan yang hendak membelok ke simpang di sebelah kiri.

Menurutnya, selepas perlanggaran itu, lori berkenaan telah dikepung oleh sekumpulan penduduk setempat.

vocket-lori-undur-bukit-changgang-5-1
Sumber Gambar: Facebook
vocket-lori-undur-bukit-changgang-6-1
Sumber Gambar: Facebook

“Pemandu lori itu kemudian bertindak memandu secara mengundur sehingga melanggar sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah motosikal Yamaha Y15,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Azman berkata, pemandu lori berusia 53 tahun itu mengalami kecederaan di kepala, leher, muka, tangan serta kaki disyaki akibat dipukul oleh sekumpulan orang awam ketika cuba melarikan diri.

“Lelaki itu telah dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan.

“Kes di siasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 42(1) akta yang sama,” tambah beliau lagi.

Seorang anggota polis terpaksa berpaut pada bonet depan kereta setelah pasangan kantoi berkhalwat di kawasan tempat letak kereta awam cuba melarikan diri.

‘Kantoi’ Berjimak Dalam Kereta, Pemandu Alza Ini Nekad Larikan Diri Sambil Heret Polis

Hanya Mahu Keadilan, Mangsa Pukul Geng Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar

Tidak Mahu Rakan Kantoi, Ahli Grup Myvi Yakinkan Harga ‘Trade-In’ Rim Enkei Itu Murah