Terbaharu, pelakon terkenal Goo Hye-sun telah menyertai rancangan realiti berjudul Face ID, iaitu sebuah program yang menunjukkan kehidupan seharian seorang selebriti. Program tersebut dijangka bakal ditayangkan pada 28 Disember 2020 ini.

Menerusi teaser yang dimuat naik di YouTube KakaoTV pada 21 Disember 2020 yang lalu, pelakon tersebut dilihat memegang sebuah tukul yang kemudiannya digunakan untuk menghancurkan telefon pintar berjenama Apple milik beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hye-sun juga sempat memuat naik gambar telefon pintarnya yang hancur itu di akaun Instagram peribadi miliknya.

Melalui kapsyen yang ditulis, Hye-sun memberitahu tentang program yang bakal disertainya dan katanya lagi, beliau akan tunjukkan ‘keindahan disebalik kehancuran’.

Menerusi klip pendek yang dimuat naik oleh KakaoTV itu, Hye-sun dilihat bekerja di studionya. Hye-sun kemudiannya dengan sambil lewa pergi ke arah sebuah meja dan mengambil sebuah tukul.

“Bagi saya memukulnya satu kali,” kata Hye-sun sebelum menghayunkan tukul tersebut ke arah iPhone miliknya.

Selepas menghancurkan skrin telefon pintar beliau, Hye-sun menunjukkan riak muka seperti beliau berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan.

“Patutkah saya memukulnya sekali lagi” katanya sebelum menghancurkan telefon pintar tersebut buat kali kedua.

“Tahu tak tips yang terbaik untuk memutuskan pertalian dengan orang? hancurkan sahaja telefon pintar anda,” tambah pelakon tersebut.

Pelakon yang terkenal dengan watak Geum Jan-di dalam drama Boys Over Flower ini umumnya dikenali dengan sifatnya yang agak eksentrik.

Sifat beliau yang agak gila-gila itu dapat dilihat menerusi teaser yang telah dimuat naik. Tindakan Hye-sun itu pastinya telah menimbulkan rasa ingin tahu peminat.

Menurut dari sumber media, tindakan Hye-sun tersebut adalah sebuah respon untuk bekas suaminya, Ahn Jae-hyun.

Apa pun sebabnya, rata-rata peminat Hye-sun gembira dengan penampilan semula pelakon tersebut dan tidak sabar untuk menonton program baharu keluaran KakaoTV itu.

Ingin tahu pelakon wanita Korea mana yang paling mahal? klik pada pautan di bawah untuk membaca!

10 Pelakon Wanita Korea Yang Terima Bayaran Termahal Sepanjang Tahun 2020

9 Selebriti Terkenal Korea Yang Miliki Aset Hartanah Bernilai Sehingga RM298 Juta

Sumber