Seperti namanya, NEMEZIZ memang nampak bergaya dan ‘jahat’ di kaki! Model terbaru untuk duta Adidas serata dunia terutamanya Lionel Messi ini hadir dengan pelbagai inovasi baharu yang akan memberi lebih keselesaan untuk para pemain.

Pertamanya, kasut ini tidak bertali dengan teknologi TORSIONTAPES yang akan menggenggam kaki di kedudukannya serta dual-lock collar yang akan memastikan kasut tidak akan mudah tercabut apabila membuat sebarang tendangan kencang di atas padang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan gabungan stripes hitam biru serta logo Adidas bewarna kuning, pemilihan warna Ocean Storm pasti membuatkan anda tampil lebih bergaya di atas padang. Ditambah lagi dengan perkataan NEMEZIZ di bahagian depan but.

nem 2

NEm3

Antara pemain yang akan menyarung but ini untuk musim terbaru nanti adalah Roberto Firmino, Renato Sanchez, Lucas Vasquesz, Julian Draxler dan pemain Thai, Chanathip Songkrasin. Dan kasut ini sudah keluar versi BOOST sebenarnya untuk dipakai untuk kegunaan santai. Cuma model ini tidak masuk ke Malaysia.

Untuk model ini, ianya akan dijual pada harga USD320 (lebih kurang RM1,360). Model NEMEZIZ ini juga akan hadir dengan beberapa versi yang lebih berpatutuan harganya dalam lingkungan RM399 hingga RM999 bergantung kepada model. Cuma jika anda mahu yang high end, harganya pada USD320 sepasang. Kalau mahu jadi sehebat Messi kenalah melabur lebih.

nem5

Nem

nem6