Syarikat ayam goreng terkenal dari Korea Selatan, NeNe Chicken, mereka baru-baru ini telah membuka beberapa cawangan baharu di Malaysia.

Dua cawangan itu ialah Avenue K di Kuala Lumpur dan Plaza Merdeka Shopping Mall Kuching Sarawak. Menurut dari laporan dari mereka, “kedua-dua ini merupakan kawasan tumpuan orang ramai dan merupakan kawasan strategik untuk kami membuka cawangan di sini”. Sarawak merupakan negeri pertama untuk restoran NeNe Chicken yang pertama dibuka di kawasan Malaysia Timur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut pengarah NeNe Chicken Malaysia Raymond Wong, “Kami suka melakukan perkara yang berbeza, dan matlamat utama kami adalah untuk menjadikan pelanggan kami bahagia. Setiap cawangan di restoran kami akan menghidangkan makanan yang berkualiti tinggi dan berkhasiat pada pelanggan”.

Semenjak pembukaan NeNe Chicken Di Malaysia ia telah mendapat sambutan hangat. Antara menu yang mendapat sambutan ayam ‘freaking hot’ dan menu yang mereka hasil sendiri yang inspirasi citarasa makanan di Malaysia iaitu Crispy Chicken Rendang dan Nasi Lemak Crispy Chicken yang diletakkan telur Onsen.

Selain itu mereka juga telah memperkenalkan empat baru iaitu NeNe Chicken Fingers, NeNe KimChesse Wrap, Sweet Potato Fries. Kepada yagn merasai ayam goreng NeNe Chicken anda boleh pergi cawangan baru ini. Kami yakin anda pasti amat menyukainya.